Al-Fatihah: Penghantar makanan Grabfood maut rempuh lori

SUNGAI BULOH – Seorang penghantar makanan Grabfood maut selepas motosikal yang dinaiki gagal mengelak lalu merempuh sebuah lori di Simpang Empat Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh di sini hari ini. (2/2/2021)

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi, mangsa, Muhammad Darwis Muhammad Solih, 32, yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, berdasarkan siasatan, kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua mereka menghala ke arah Jalan Welfare.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, lori tersebut memasuki simpang kanan dan dalam masa yang sama motosikal yang ditunggang mangsa sedang cuba memotong kenderaan berat itu.

“Bagaimanapun motosikal mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori. Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak bersama motosikal dan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu berusia 26 tahun dan beralamat di Klang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987. -K! ONLINE

[VIDEO] Rider Grabfood maut, motosikal langgar lubang di bahu jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker