‘Terdedah kurang 1 meter, lebih 15 minit’ – Dr Noor Hisham perjelas maksud kontak rapat

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pengesanan kontak rapat ke atas mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 adalah sangat penting pada ketika ini.

Langkah itu bagi mengekang jangkitan COVID-19 daripada berleluasa.

'Terdedah kurang 1 meter, lebih 15 minit' - Dr Noor Hisham perjelas maksud kontak rapat
Dr Noor Hisham menegaskan pengesanan kontak rapat ke atas mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 adalah sangat penting pada ketika ini. -Gambar fail

“Adalah amat penting untuk menjalankan pengesanan kontak rapat kepada mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 untuk membendung jangkitan dengan segera,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter pada Khamis.

Beliau turut menjelaskan definisi sebenar kontak rapat.

https://mykmu.net/2020/10/07/covid-19-ksn-jalani-kuarantin/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker