COVID-19: Isteri Rahmat Rabbani meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Isteri anggota kumpulan Rabbani, Rahmat iaitu Norazlina A Rahman, 49, menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19 di Hospital Selayang, jam 5.25 pagi semalam

“Arwah mempunyai sejarah penyakit buah pinggang, darah tinggi dan lumpuh separuh badan selepas terjatuh dalam bilik air, tahun lalu.

“Bagaimanapun, arwah mengadu sesak nafas dan saya membawanya ke Hospital Selayang, Rabu lalu. Selepas menjalani ujian calitan, arwah didapati positif dan meninggal dunia disebabkan COVID-19,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Berkongsi keadaannya, Rahmat yang turut disahkan positif COVID-19 pada 11 Januari lalu.



“Saya menjalani kuarantin bersama arwah isteri dan empat cahaya mata di rumah. Alhamdulillah, tahap kesihatan saya juga semakin baik.

“Saya hanya berkurung dalam rumah selepas disahkan positif COVID-19. Saya tidak mengalami sebarang gejala.

“Setakat ini, anak-anak saya masih negatif dan mereka juga tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya.

 



Rahmat Rabbani bersama arwah isteri, Norazlina A Rahman dan empat cahaya matanya. - Foto IG Rahmat
Rahmat Rabbani bersama arwah isteri, Norazlina A Rahman dan empat cahaya matanya. – Foto IG Rahmat

 

Jenazah Allahyarham Norazlina selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara sebelum waktu Asar, hari ini.

Allahyarham meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Nur Aliah Natasha, 22, Mohd Arif Iskandar, 21, Mohd Arif Haikal, 19 dan Mohd Risqy, 12.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker