Bagaimana dengan keputusan mendakwa musuh politik Mahathir, kenapa tak tulis? soal Najib kepada Tommy Thomas



Sebaran :


Najib Razak mempersoalkan adakah Dr Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam urusan Peguam Negara dan perundangan.

Najib berkata demikian selepas pendedahan bekas peguam negara, Tommy Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”, berhubung Zakir Naik tidak didakwa kerana patuh arahan Mahathir.

“Dia lepaskan kes-kes kumpulan pemberontak Sri Lanka, LTTE setelah mendapat izin Mahathir dan Kabinet, kata Tommy.



“Tun Mahathir tak campur tangan dalam urusan Peguam Negara dan perundangan ke? soal Najib.

Dalam bukunya, Thomas berkata Mahathir mengarahkannya mengelak sebarang prosiding mahkamah terbuka dalam usaha mengekstradisi penceramah kontroversi, Naik.

Thomas berkata, beliau menemui Mahathir yang ketika itu perdana menteri untuk memberi taklimat berhubung isu Naik sekitar 2018.



Sebelum itu, Thomas menemui Pesuruhjaya Tinggi India, Shri Mridul Kumar yang menegaskan negara itu mahu Malaysia mengusir Naik dari sini.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan bagaimana pula bagi keputusan menarik balik dakwaan terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sekutu Mahathir.

“Bagaimana pula dengan keputusan mendakwa musuh-musuh politik Tun Mahathir?



“Kenapa tak tulis berhubung itu pula, Tommy,” katanya. FMT


Sebaran :


One thought on “Bagaimana dengan keputusan mendakwa musuh politik Mahathir, kenapa tak tulis? soal Najib kepada Tommy Thomas

  • Itu bukan saja nak dakwa musuh politik tetapi sesungguhnya mereka berkenaan punya kes utk diadali. Jika tiada kes dan dlm keadaan benar…..jawab jer kpd hakim tu. Tak kan lah seorang hakim tak blh menghakimi yg mana benar atau sebaliknya.

    Tak kan itu pun nak diputarbelitk / politikkan……esh esh esh

    Reply

Leave a Reply