Penang FC bukan ‘Liverpool Malaysia’

 

MUNGKIN hanya satu kebetulan, raut wajah Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dikatakan agak mirip dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Malah, disebabkan ‘persamaan’ yang dimiliki kedua-dua individu itu, sudah ada pihak yang secara berseloroh menggelarkan Penang FC sebagai ‘Liverpool Malaysia’.



Sambil menganggap ia hanya satu jenaka daripada peminat bola sepak tempatan, Koordinator Penang FC, Dr Amar Pritpal Abdullah berkata, situasi itu tidak memberikan sebarang tekanan kepada skuad Harimau Kumbang.

“Saya memang akui wajah ketua jurulatih kami (Trucha) sama dengan Jurgen Klopp. Namun, perkara ini hanya satu kebetulan dan tidak ada kena mengena langsung antara Penang FC dan Liverpool.

“Tak perlulah jika kita hendak samakan Penang FC dan Liverpool, sudah tentu jauh bezanya. Cuma saya harap kami dapat ikut jejak Liverpool yang menjuarai EPL (Liga Perdana Inggeris) musim lalu.

“Jika ada rezeki dan peluang, siapa tak mahu menjuarai liga (Liga Super). Jadi mungkin kejayaan Liverpool itu mampu menjadi pembakar semangat buat penang FC,” katanya kepada Sinar Ahad.



Mengulas mengenai keperibadian Trucha, Amar Pritpal berkata, jurulatih berusia 71 tahun dari Republik Czech itu dilihat sebagai seorang jurulatih yang komited dalam melaksanakan tugasnya.

“Beliau mudah berinteraksi dengan semua pihak terutamanya pemain serta pegawai pasukan. Setakat ini, kami memang tidak ada masalah untuk berinteraksi dengannya.

“Sejak hari pertama hadir ke sini, Trucha telah menyatakan komitmennya untuk membantu pasukan mencipta kejayaan. Saya harap beliau mampu menjadikan Penang FC sebagai pasukan pencabar musim ini,” ujarnya.

Trucha yang memulakan karier sebagai jurulatih seawal usia 25 tahun, mempunyai pengalaman membimbing beberapa kelab di Eropah dan Afrika selain pernah menjadi penolong jurulatih skuad Bawah 16 tahun (B-16) Republik Czech.



Media sosial peminat berlatar merah rai kemenangan Liverpool

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker