Media sosial peminat berlatar merah rai kemenangan Liverpool

Share

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Media sosial kelab peminat bola sepak Liverpool (Liverpool FC) berlatar merah kerana meraikan kemenangan pasukan mereka berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menamatkan penantian selama 30 tahun.

Hos platform podscast sukan dan peminat Liverpool FC, Nikhil Reuben Michael berkata, menunjukkan bagaimana media sosial menonjolkan kelab peminat di Malaysia kerana Kopites tempatan ini gembira dengan kemenangan pasukan kegemaran mereka.

Malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut meraikan kejayaan itu dan mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Inggeris itu bersama penyokong setianya di media sosial.

“Tahniah buat semua penyokong Liverpool FC di Malaysia,” catatnya menerusi akaun Facebook bersama poster yang tertera “Tahniah Liverpool, Juara Liga Inggeris 2019/2020.”

Antara ramai peminat di Malaysia, beberapa ahli Kabinet yang memang diketahui meminati Liverpool FC sudah pastilah teruja dengan kejayaan pasukan kegemaran mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyiarkan semula mesej pemimpin nombor satu negara dengan kapsyen “Terima Kasih YAB PM! #YWNA”, manakala Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyiarkan “Congrats to Liverpool FC for winning the Premier League 2019/2020! The best team in Europe, the world, and now, England (Tahniah Liverpol FC memenangi Liga Perdana 2019/2020! Pasukan terbaik di Eropah, dunia, dan sekarang, England). #YWNA” dengan gambar anak lelakinya dan jersi pasukan nombor 4 yang tertera namanya.

Sebagai peminat, Nikhil juga terlalu gembira kerana dia berjaya menyaksikan detik keemasan itu.

Terdapat komuniti peminat Liverpool yang besar di sini. Dengan pandemik COVID-19, satu-satunya cara peminat boleh meraikannya melalui media sosial dan menggunakan sepenuhnya platform itu, saya fikir ia adalah antara fungsi terbaik mengenai media sosial kerana ia mampu mengumpulkan semua peminat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nikhil menambah ia adalah suatu kelegaan dan memberikan mereka ‘kebanggaan yang luar biasa’.

“Para peminat semua merasakan sudah terlalu lama menunggu selama 30 tahun dan merangkul kejuaraan adalah titik perubahan yang besar,” katanya.

Sementara itu, Liverpool adalah hastag paling popular di Twitter apabila peminat globalnya memuat naik ciapan dan berkongsi cerita kemenangan itu.

Pengguna @eddymanan88 membuat ciapan “Tahniah Liverpool. Welcome to the club,” bersama gambar pasukan yang memenangi EPL sebelum ini manakala di Facebook, pengguna Renie Ubara membuat hantaran “Remarkable WIN! A Champion, Always A Champion! For this season we WA = “Walk Alone” to the TOP” (Kemenangan luar biasa! Juara, sentiasa juara! Untuk musim ini kami WA = “Sendirian” ke kedudukan teratas)

Pandangan WargaNet

Sesetengah warganet di Facebook malah menukar profil mereka dan meletakkan imej juara Inggeris baharu itu.

Malah pesaing pasukan peminat juga mengucapkan tahniah kepada Liverpool, dan pada masa yang sama turut menyelitkan ayat lucu dan mencuit hati.

Liverpool memenangi kejuaraan itu selepas pesaing terdekat mereka, Manchester City tewas kepada Chelsea 2-1 pada perlawanan yang berlangsung lewat Khamis.

Pasukan Merseyside, yang juga juara bertahan Eropah dikendalikan jurulatih Jerman Jurgen Klopp, memenangi 86 mata, mendahului 23 mata dengan berbaki tujuh perlawanan Liga Perdana.

— BERNAMA

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!