Penyenggaraan jalan persekutuan libatkan 60 peratus kontraktor Bumiputera

KUALA LUMPUR: Pemberian kontrak kepada mana-mana syarikat konsesi bagi penyenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara perlu melibatkan 60 peratus penyertaan kontraktor Bumiputera.

Menurut Kementerian Kerja Raya, kerajaan memperuntukan RM375 juta untuk penyenggaraan jalan persekutuan yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Inisiatif Prihatin.

“Bagi kontrak penyenggaraan jalan persekutuan di seluruh Malaysia, terdapat klausa khusus yang mana syarikat konsesi perlu memastikan 60 peratus penyertaan daripada kerja senggaraan melibatkan kontraktor Bumiputera.



“Syarikat-syarikat konsesi itu kemudiannya akan mengagih-agihkan kepada kontraktor kecil, khasnya kelas G1 hingga G4 melalui konsep penswastaan.

“Ini secara tidak langsung membuka peluang kepada kontraktor kecil untuk terlibat dalam projek kerajaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Astro AWANI di sini, pada Jumaat.

Semalam, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff mendakwa, tindakan kerajaan yang meluluskan sesetengah bidang kerja kepada syarikat konsesi pembinaan di seluruh negara seolah-olah ingin menghapuskan kontraktor kecil Bumiputera.

Kita dah bayar! Tajuddin nafi Prasarana tak bayar kontraktor projek LRT3



BACA: Lulus projek kepada syarikat konsesi akan hapuskan kontraktor kecil Bumiputera

Tindakan itu dakwanya hanya menyebabkan projek tertentu dimonopoli syarikat yang dikatakan ada kepakaran dalam bidang itu sahaja.

Mengulas lanjut, Kementerian Kerja Raya berkata, kontraktor-kontraktor kecil perlu berani merebut peluang daripada kontrak projek yang diperolehi syarikat konsesi yang dilantik kerajaan.



“Kerajaan pastinya memberikan latihan, seminar, tunjuk ajar dalam mendapatkan projek apabila mana-mana kontraktor mendapat lesen yang sah dan telah diperakui,” jelasnya.

Dalam pada itu, kenyataan itu menyebut, beberapa projek mega lain seperti Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Tren Aliran Transit Massa (MRT) dan Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) pastinya membuka lebih banyak peluang.

Pada masa yang sama katanya, para kontraktor juga perlu mempertingkatkan kemampuan dan kemahiran yang ada terutama apabila berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 yang membawa cabaran besar kepada semua yang terlibat dalam industri pembinaan ini.

Konsesi Tol: Kerajaan Mahathir Kutuk Kerajaan Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker