Ibuyati mahu Nasrudin tarik balik tuduhan bawa agama Melayu


Ibu Yati yang didakwa terlibat ajaran sesat agama Melayu memberi tempoh seminggu kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menarik balik tuduhan terhadapnya.

Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan juga diminta membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya menafikan semua tohmahan dan fitnah YDP YADIM, Nasrudin Hassan bahawa saya ada mengeluarkan sebarang kenyataan membawa agama baru, agama Melayu dan ajaran Ibu Yati yang jelas tuduhan berniat jahat dan fitnah yang mahu menjatuhkan reputasi saya sebagai Tokoh Wartawan Rakyat yang dianugerahkan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibuyati atau nama penuhnya Wan Noor Hayati Wan Alias membuat laporan polis semalam mengenai perkara yang sama.

Bekas wartawan akhbar arus perdana itu berkata setakat ini tidak ada jabatan agama memanggilnya berhubung dakwaan berkenaan dan menyelar sikap Nasrudin yang didakwanya mendahului Majlis Fatwa yang menuduhnya membawa ajaran sesat. MG

Leave a Reply