McGregor disaran lawan Diaz dulu bukan Poirier

 

LONDON: Conor McGregor digesa oleh bekas lawannya untuk menentang Nate Diaz yang disifatkan sebagai pertarungan wajib menang.

McGregor kini dalam dilema selepas dimalukan dengan kekalahan di tangan Dustin Poirier pada pertarungan UFC 275 di Fight Island, Abu Dhabi.



Sebaik mengalami kekalahan berkenaan, atlet dari Ireland itu mahukan pertarungan semula bagi menebus kembali maruahnya yang tercalar.

Bagaimanapun, Joe Duffy yang menjadi individu pertama menewaskan McGregor di Cage Warriors pada 2010 percaya adalah lebih baik McGregor menentang Diaz.

Katanya, risiko untuk kalah adalah kurang dalam usaha untuk mengembalikan semula reputasi McGregor.

“Secara jujurnya, jika saya adalah dia, saya akan menentang Diaz dulu. Saya fikir ia adalah pertarungan yang mudah secara teknikalnya.



“Diaz tidak banyak meningkat. Jadi, saya fikir lebih baik menentang Diaz dulu dan selepas itu dia boleh menebus kekalahan di tangan Dustin,” kata Duffy.

– AGENSI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker