McGregor derma RM2 juta kepada Poirier, isteri

LONDON: Penyokong UFC mahu tahu apa yang berlaku selepas kekalahan Conor McGregor di tangan Dustin Poirier pada pertarungan di Abu Dhabi, minggu lalu?

Pada aksi itu, McGregor dikejutkan oleh Poirier pada pertarungan semula di UFC 257 selepas dia kembali dari persaraan yang menyaksikan jaguh dari Amerika Syarikat itu membalas dendam dengan kemenangan pada pusingan kedua.

Namun, selepas tamat pertarungan dan meraikan kemenangan suaminya – isteri Poirier, Jolie melawat bilik persalinan McGregor untuk mengucapkan terima kasih susulan derma berjumlah AS$500,000 (RM2.02 juta) yang disumbangkan McGregor kepada ‘Yayasan Good Fight.’

Menerusi video di sebalik tabir ‘UFC 257: The Thrill and the Agony’, Jolie kelihatan berjalan menuju ke bilik persalinan McGregor dan berkata: “Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih.”

McGregor disaran lawan Diaz dulu bukan Poirier

McGregor kemudian terus membalas: “Tahniah untuk malam ini. Dia bertarung dengan sangat hebat.”

Jolie kemudiannya mendedahkan dia berterima kasih atas sumbangan McGregor kerana ia akan membantu mengubah kehidupan ramai orang.

‘Yayasan Good Fight’ ditubuhkan oleh Poirier dan Jolie dengan pasangan itu turut melelong barangan Poirier dalam karier UFC.

Wang yang dikumpulkan itu akan dimanfaatkan untuk membantu komuniti yang diperlukan di Louisiana – daripada kekurangan makanan, penjagaan kesihatan sehinggalah bantuan selepas bencana alam. – Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker