Amaran cuaca waspada, hujan lebat di beberapa daerah di Sarawak

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka melibatkan beberapa daerah di Sarawak berkuat kuasa hari ini sehingga Sabtu (30 Jan).

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam kenyataan berkata daerah terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong selain kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di Sarawak dan Sabah dalam tempoh tersebut.

“Angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter boleh berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Sabah Timur dalam tempoh tersebut.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya.

BERNAMA

Leave a Reply