Polis Johor buru ‘ADUN’ pinjam duit guna WhatsApp

JOHOR BAHRU: Polis kini giat menyiasat dan mengesan individu menyamar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk meminjam wang daripada mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor Mohd Salleh Abdullah berkata, satu kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 55 tahun semalam di Balai Polis Batu Pahat yang mendakwa dihubungi menerusi aplikasi berkenaan melalui nombor 010 3865922.



“Suspek memperkenalkan diri dengan menyamar sebagai ADUN dan meminjam wang daripada mangsa berjumlah RM1,350 untuk urusan bantuan komputer kepada sekolah di kawasan DUN berkenaan.

Mohd Salleh berkata, mangsa diminta sekali lagi untuk membuat pemindahan wang berjumlah RM1,500, namun mangsa mengesyaki ditipu kerana suspek gagal dihubungi dan tidak membuat bayaran seperti dijanjikan.

Menerusi kenyataan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan dengan terperinci terlebih dahulu, seperti membuat pengesahan dengan jabatan atau individu berkenaan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

“Bersemuka dengan individu yang ingin meminjam wang dan jangan mudah mengikut arahan diberikan melalui aplikasi seperti WhatsApp dan media sosial lain”.



Terdahulu, beberapa ahli politik termasuk ADUN dan pemimpin parti di negeri ini membuat laporan polis berhubung nama dan gambar mereka digunakan pihak tidak bertanggungjawab dipercayai sindiket keldai akaun-FMT

Daripada group WhatsApp ke FB, rakyat kecewa dengan i-Sinar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker