Neelofa – PU Riz Sebenarnya Jadi Nak Kahwin Cuma Tarikh Belum Dipastikan. – Neelofa Di Pelancaran Aplikasi The Noor



Sebaran :

Seperti sudah terang lagi bersuluh namun tarikhnya sahaja yang belum dapat dipastikan.

Itu bayangan kepada segala persoalan umum berhubung status hubungan Neelofa dengan kekasihnya PU Riz apabila mengakui ‘dream wedding’ atau impian perkahwinannya musnah dan terpaksa dikorbankan  akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagamanapun selebriti berusia 32 itu percaya, perkara tersebut tidak hanya dilalui oleh dirinya seorang bahkan banyak pasangan lain kesukaran tersendiri akibat penularan Covid-19.



Mengulas tentang perkahwinannya, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, berkata dia masih berasa ragu-ragu untuk berkongsi tarikh hari bahagia mereka yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Mac ini.

“Semua pasangan ada ‘dream wedding’, saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal itu sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan.

“Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang kita kena korbankan. Insya-Allah, kita buat apa yang boleh buat.



“Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri hancur sebab memang tak boleh buat apa, disebabkan Covid-19,” katanya.

Neelofa berkata demikian pada sidang media secara maya sempena pelancaran aplikasi gaya hidup islamik perdananya, iaitu TheNoor hari ini.



Pertemuan secara dalam talian tersebut sekali gus menjadi medan pertemuan pertama bekas pengacara MeleTOP itu bersama media usai pelbagai kontroversi dan drama perhubungannya dengan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz yang heboh diperkatakan sejak hujung Disember tahun lalu. – K! ONLINE


Sebaran :


Leave a Reply