New Zealand terus ditutup kepada pelawat

WELLINGTON: Perdana Menteri Jacinda Ardern memberi bayangan sempadan New Zealand akan terus ditutup, sepanjang tahun ini, ketika pegawai kesihatan masih menilai pengagihan vaksin COVID-19, pada peringkat global.

Ardern berkata, pengesanan kes positif hujung minggu lalu yang menjadi kes pertama penularan dalam komuniti dalam tempoh dua bulan, menunjukkan COVID-19 masih menjadi ancaman kepada negara.

Beliau berkata, kerajaannya tidak akan membuka pintu sempadan yang ditutup sejak Mac tahun lalu, ketika pandemik menular di seluruh dunia.

“Melihat kepada risiko di sekeliling kita dan ketidaktentuan pengagihan vaksin, kita boleh menjangka, ia akan memberi kesan kepada sempadan kita, sepanjang tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun, Ardern berkata, New Zealand akan meneruskan gelembung perjalanan dengan Australia dan negara di kepulauan Pasifik yang setakat ini, berjaya mengawal penularan wabak itu.

Rancangan melaksanakan gelembung perjalanan pada penghujung Mac ini menimbulkan persoalan, apabila Australia menggantung perjalanan rakyat negara Kiwi berkenaan, selepas berlakunya kes baharu penularan dalam komuniti.

Ardern berkata, kes itu membabitkan individu berusia 56 tahun yang pulang dari Eropah, dan memberi jaminan kes itu dapat dikawal dengan berkesan, selain mengkritik Australia kerana menyekat perjalanan rakyatnya ke negara berkenaan. – AFP

New Zealand dijangka isytihar darurat iklim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker