Bomba selamatkan wanita tersepit kenderaan terlanggar pokok — MYKMU.NET

Bomba selamatkan wanita tersepit kenderaan terlanggar pokok

Sebaran :

KUALA NERUS: Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit selepas kenderaan yang dipandunya merempuh sebatang pokok.

Kemalangan berlaku di Kampung Wakaf Tembesu di sini, kira-kira jam 7.50 malam, pada Selasa.

Ketika kejadian, mangsa Fadzihah Zepari, 35 tahun, dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, Perodua Alza yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dan menyebabkan kakinya tersepit.



Komander Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Nerus, Mohd Zulkifli Abdulah berkata, sejurus menerima panggilan, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pergerakan itu agak terbatas, jadi kita terpaksa mengeluarkan mangsa dengan berhati-hati untuk mengurangkan risiko, daripada lebih cedera parah.

“Kita menggunakan peralatan khas iaitu peralatan rescue cutter bagi memotong dan juga mengumpil, bagi memudahkan kerja-kerja mengeluarkan mangsa,” kata Mohd Zulkifli.

Jelasnya, pihak bomba mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan mangsa dengan mengumpil pintu bahagian pemandu menggunakan alat pemotong.



Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut-Awani


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: