Anak Tak Dihantar Belajar di Sekolah, Suhaimi Saad (In-Team) Ajak Anak & Isteri Buat Kumpulan Nasyid BISMILLAH

Biarpun dia memiliki pendirian untuk tidak menghantar anak-anak mengikuti sistem pendidikan formal di sekolah, penyanyi Suhaimi Saad nampaknya mempunyai perancangan tersendiri buat masa depan anak-anaknya.

Setelah lama menyepi dari dunia nasyid, rupa-rupanya ‘diam-diam ubi berisi’, bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team itu bakal tampil dengan sebuah kumpulan nasyid baharu yang dianggotai empat orang anaknya termasuk isteri, Ina Naim.

Penyanyi berusia 41 tahun itu memaklumkan bahawa dia mengajak kesemua anaknya mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi nasyid menerusi posting di laman sosial Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/CJxGK9NhdIJ/

Menurutnya, kumpulan nasyid baharu itu diberi nama ‘Bismillah’. Malah, kumpulan yang menampilkan anak-beranak itu kini dalam perancangan untuk menyiapkan sebuah album gandingan bersama.

https://www.instagram.com/p/CKfRHxDBWbE/

“Bismillah. Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad, Ina Naim dan anak-anak.

“Album kumpulan Bismillah ini akan diterbitkan pada awal Ramadan depan. Insya-Allah,” tulisnya menerusi satu posting.

Bukan itu sahaja, katanya lagi dengan penubuhan itu, secara tidak langsung ia menjadi saat istimewa kemunculan semula bekas penyanyi Ina Naim yang semestinya dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

https://www.instagram.com/p/CJ_P0rzBnA4/

“Ina Naim is comeback,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen posting-posting mengenai kumpulan mereka, rata-rata peminat memuji gandingan anak-beranak itu dan tidak sabar menantikan kemunculan album tersebut.

Bismillah terbaikkk!

Suka sama keluarga ini

Tak sabar nak dengar!

Pasangan tersebut yang berkahwin pada Ogos 2007  dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie El Fardie, 13, Sallman El Khoyri, 11, Phyrosh El Fadwah, 9, dan Nurlayla El Ghufrony, 7.

Terdahulu menerusi laporan media, kesemua anak pasangan itu menerima pendidikan menerusi ‘home schooling’ di mana Suhaimi dan Ina bertindak sebagai guru mereka.

Wah, menariknya. Ayuh kita sama-sama nantikan kemunculan album mereka! Mesti menjadi satu fenomena nanti, paduuuuu baq hang~

Sumber: Instagram Suhaimi Saad , OMM

Suhaimi Saad Hidap Sakit Mata Kronik, Terpaksa Berjalan Menggunakan Tongkat.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker