Jangan banyak cakap!-TMJ

Orang yang ada jawatan dan baru saja jadi pemilik ini semua hanya pandai bercakap.

Itu antara sindiran pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menempelak segelintir pihak hanya banyak bercakap namun sebenarnya tidak mempunyai ‘isi’ dalam industri bola sepak.

Tunku Ismail menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa individu berkenaan sebenarnya tidak memberi sebarang sumbangan atau membantu industri bola sepak negara berada pada tahap yang lebih baik.

Katanya, individu terbabit seharusnya bercakap apabila sudah mencipta kejayaan atau menyumbang sesuatu kepada industri sukan nombor satu dunia itu seterusnya berhak bersuara menyatakan pendapat atau mengkritik pihak lain.

“Tetapi seorang pun tak beri apa sumbangan kepada bola sepak negara atau faham industri bola sepak. Semua cakap macam orang sudah banyak pencapaian dan kejayaan.

“Mula bercakap apabila anda ada beri sumbangan atau ada pencapaian dalam dunia bola sepak sebab sekarang ini anda hanya bercakap kosong,” katanya.

Selain itu, Tunku Ismail juga melihat industri bola sepak negara termasuk prestasi pasukan kebangsaan semakin meningkat terutama di peringkat antarabangsa.

“Semua pasukan sudah semakin kompetitif dan proaktif. Ranking pasukan kebangsaan akan semakin meningkat.

“JDT dan Kedah dalam AFC akan memberi sumbangan kepada ranking pasukan negara.Dulu hanya ada JDT sahaja dalam pertandingan AFC sekarang alhamdulillah ada Kedah dan Terengganu.

“Secara tidak langsung ranking akan naik, jadi yang ada ini nak publisiti dan tak tahu pasal bola baik diam saja,” katanya.

Sementara itu, beliau juga memberikan nasihat dan pendapat kepada pihak berkaitan jika mahu memajukan bola sepak dan pasukan kebangsaan perlu fokus kepada kelab terlebih dahulu.

“Kelab membangun, tahap liga dan infrastruktur bola sepak membangun maka tinggi ranking pasukan kebangsaan.

“Sekarang ini duduk diam-diam dan kalau tak faham datang sini,” katanya.

Walaupun kenyataan Tunku Ismail tidak merujuk atau menyatakan lebih jelas siapa individu berkenaan, sebelum ini pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mempersoalkan ranking skuad Harimau Malaya di kedudukan ke-153 dunia meskipun menampakkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu.

https://mykmu.net/2017/12/20/penyokong-bola-sepak-yang-tidak-sedar-dijadikan-mainan-politik/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker