Varian Delta ganas, jangkit dalam 14 saat

Varian Delta ganas, jangkit dalam 14 saat

Varian Delta yang merebak di dunia didapati lagi mudah menular dengan seorang pesakit di Guangzhou menjangkit virus kepada seorang pelanggan di restoran sama hanya dalam masa 14 saat.

Pakar kesihatan terkemuka, Zhong Nanshan yang dilihat berjasa penting dalam membantu China melawan SARS dan COVID-19 berkata, tafsiran “kontak rapat” sebelum ini tidak lagi relevan dengan kemunculan varian baharu.

“Sekarang kontak rapat adalah mereka yang berkongsi bangunan sama dengan seseorang pesakit, empat hari sebelum pesakit itu menunjukkan simptom,” katanya seperti dilaporkan Kwong Wah Yit Poh.

Sebelum ini, kontak rapat di China adalah ali keluarga atau rakan kerja pesakit yang berkongsi kediaman atau pejabat sama, dua hari sebelum pesakit itu menunjukkan simptom.

“Tafsiran lama ‘kontak rapat’ juga meliputi mereka yang dekat dengan pesakit dalam lingkungan satu meter atau berkongsi meja makan dan meja mesyuarat dengan pesakit.

“Tetapi tafsiran ‘kontak rapat’ perlu diubah sekarang. Ia harus meliputi mereka yang berada di ruang, unit dan bangunan sama empat hari sebelum pesakit menunjukkan simptom,” kata Nanshan.

Menurut media China, disebabkan kepadatan virus yang tinggi dalam badan dan kebolehjangkitan yang tinggi, tafsiran lama kontak rapat harus diubah.

Kata Nanshan, kajian ke atas penularan varian Delta di Guangzhou menunjukkan beberapa penemuan dalam kalangan pesakit.

“Virus yang dibawa dalam badan pesakit adalah lebih tinggi, tetapi tempoh inkubasi virus adalah lebih pendek iaitu satu hingga tiga hari berbanding tiga hingga tujuh hari sebelum ini.

“Ini bermakna kebanyakan pesakit akan menunjukkan simptom selepas dua hingga tiga hari, malahan ada yang menunjukkan tanda dalam tempoh 24 jam.

“Walau bagaimanapun, masa untuk ujian asid nukleik pesakit bertukar daripada positif kepada negatif menjadi lebih panjang iaitu 13 hingga 15 hari berbanding tujuh hingga sembilan hari sebelum ini. Keadaan ini menyebabkan jumlah pesakit yang keluar hospital pada satu-satu masa selepas berlaku jangkitan di Guangzhou telah berkurang,” katanya.

Nanshan menegaskan kepentingan imuniti kawanan kerana kes jangkitan di Amerika Syarikat, Israel dan United Kingdom telah menurun secara ketara selepas kadar vaksinasi meningkat. MG

Varian Delta ganas, jangkit dalam 14 saat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki trauma diugut sebar gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker