Twit Lelaki Ini Tiba2 Muncul Dalam Skrin Buletin TV3. Ini Reaksi Keluarga Dia Selepas Apa Yang Ditwit Tular

LAMAN sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok kini menjadi tempat berkongsi pendapat, mencari informasi terkini serta menjadi satu bentuk hiburan kepada penggunanya.

Di Twitter misalnya, kebanyakan tweet yang menarik pantas mencvri perhatian netizen sekali gus juga akan tular di laman sosial yang lain.

Tetapi lain pula kisah seorang pemuda apabila tweet mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuatnya bukan sahaja tular di media sosial, tetapi turut masuk dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3 pada Rabu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Asrhaf Mohd Nasir, 20, yang menetap dari Pasir Mas, Kelantan berkata dia amat terkejut apabila melihat tweet yang ditulis tiba-tiba terpampang di televisyen.

Ciapan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai pelaksanaan PKP dan ia menerima banyak retweet.

“Sedang kami sekeluarga tengok berita, tiba-tiba keluar tweet tu sekali nama saya. Terbahak-bahak satu keluarga ketawa.

“Tweet tu memang sengaja saya buat nak hiburkan hati semua tak sangka sampai masuk TV. Tweet hampir sama sebelum ini pun orang lain pernah buat juga. Saya tiru je, tiba-tiba ramai pula yang retweet.

“Baguslah, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan hati mereka di luar sana dalam keadaan yang sukar ini,” katanya sambil menambah ketika itu dia sedang menonton bersama ibu, bapa dan abangnya.

Tambah Asrhaf, ibu dan bapanya merupakan orang paling teruja apabila mengetahui mengenai perkara itu

“Sebelum ada juga mereka tengok posting orang lain yang dikongsi d TV, tapi mereka tak sangka pula tweet anak sendiri pun sampai boleh masuk TV, apatah lagi pasal PKP,” katanya.

Menurut Asrhaf, walaupun apa yang berlaku dianggap sebagai hiburan semata-mata, ada juga netizen yang meninggalkan komen-komen negatif kepadanya termasuklah menuduh tweet tersebut palsu dan disunting.

“Mula-mula tu ada yang kata edit. Saya balas komen dia dengan bagi screenshot dekat YouTube. Lepas tu yang lain, saya dah malas layan.

“Biarlah nak kata edit ke apa. Janji saya seronok, family pun terhibur.

“Lagipun saya kongsi seronok-seronok je, bukannya saya dapat apa-apa pun kalau tweet masuk berita,” katanya.

Asrhaf (depan) bersama keluarga.

Asrhaf yang kini bekerja sambilan dengan berniaga dalam talian mengakui dirinya turut terkesan gara-gara pandemik Covid-19 ini.

“Biasalah saat macam ini siapa je yang tak serabut. Banyak perniagaan yang lebih besar pun terjejas apatah lagi perniagaan kecil macam saya.

“Tetapi saya tetap bersyukur biarpun berniaga kecil-kecilan ja, ada juga rezeki orang beli cookies dan brownies saya,” ujarnya.

Sumber : mSTAR 

Najib gesa semua bertenang selepas tweet Dr M

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker