Skandal Shuk HOTFM Cabar Isteri Shuk, Persila kan Kau Call JAIS?

Hari ini heboh di media sosial berhubung pendedahan Rossalennah Natassyiah Asshafera yang mendakwa suaminya, Shuk Sahar, pelawak dan penyampai radio Hotfm berlaku curang.

Menerusi entri di Instagram, Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama iaitu Fara Salleh.

” Aku dah teduduk depan pintu merayu rayu suru suami aku keluar dan balik..

” Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga ab suami.

” Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersaIah dan tak ganggu rumah tangga orang,” katanya.

Tambah Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.

 Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah.

” Seraa ada saksi pergi sini dengan PA Shuk.. dia kol faara suruh Shuk keluar..shuk bercakap melalui fon fara kta xnak kluar.. selagi ak ada.. apa jdi dia xkan kluar..

” Bayangkan la apa perasaan aku .. aku tak pernah sesedih ini.. sesakit ini, aku dah cukup pendam macam2..

” Allahukabar.. bila Allah menghendaki akan sesuatu tiada siapa dpt halang.. aku dah merayu mnangis depan pintu minta belas kasihan dgn kau farah.

” Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni. Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

” Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala ceIa yang buruk demi masa depan anak-anak. Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak.

” Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya.

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/qoGKFb2j/penyampai-radio-terkenal-hotfm-kantoi-curang-lagi-orang-lain-tidur..aku-berkeliaran-cari-laki-aku-dimana_hd.mp4[/KGVID]

Berikut adalah respon balas ditulis Fara yang didedahkan oleh Rossalennah;

Fara antara lain berkata, dia tidak pernah menghalau Rossalennah, sebaliknya hanya menutup pintu dan Rossalennah telah pulang sendiri.

Selain itu, Fara mendakwa dia tidak sembunyikan ‘manusia’ (Shuk) di dalam rumahnya.

” Semalam kau kata nak call JAIS kalau aku tak bagi kau masuk, aku persilakan kau call JAIS.

” Aku siap bagitau call polis sekali sebab kalau kau je maaflah ya, memang aku takkan bagi masuk, sebab rumah aku.

” Aku offer video call untuk tourtour rumah segala pelusuk aku boleh tunjuk kalau betul aku sembunyikan manusia dalam rumah, tapi kau taknak! Kenapa??

Aku ada soalan

” 1- Bila masa aku haIau kau? Kau yang taknak balik dan nak tunggu depan rumah sampailah manusia kau cari tu keluar so then aku pun tutuplah pintu sambung tidur.

” 2- Bila masa aku dirayu sambil kau menangis? Kau berikan aku arahan sis, bukan merayu kat aku, dan ugut untuk pecahkan pintu rumah.

” 3- Bila masa aku campak kasut kat kau? Aku bagi dua-dua belah tu melalui jeriji besi.” tulis Fara.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen membela Rossalennah dengan mendakwa Fara masih mahu menegakkan benang yang basah.

Apatah lagi Fara sendiri mengakui tentang kasut Shuk yang berada di dalam rumahnya.

” Dia bagi kasut shuk. Cemana pulak kasut si shuk tu ada kt rumah dia. Hahahahaha” tulis Ain.

.

Kenali Siapa Sebenarnya `Fara Salleh` Wanita Yg Dikatakan ‘Kekasih’ Gelap Syuk

Tiada angin tiada ribut, timbul cerita tidak sedap di dengar apabila hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya.

Tular di Twitter, seorang individu mendakwa Shuk mempunyai hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh. Malah, individu berkenaan turut membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Shuk dan Fara.

“Betina ni memang sondol laki orang saja, kalau boleh yang then dia konon sara hidup mana jantan yang solo baru mau up. Apa punya perangai. Nanti kongsi pula tentang perempuan tu dengan laki orang pula. Ingat dah bertudung suci dah,” tulisnya.

Dakwa akaun berkenaan, hubungan sulit Fara dan Shuk sejak setahun lalu kini diketahui oleh isteri pelawak berkenaan, Rossalennah Natassyiah.

Malah, menerusi paparan skrin yang turut disebarkan di Twitter, skandal Shuk didakwa telah mencipta akaun palsu menggunakan nama @_sflia untuk berhubung dengan Rossalennah dan memberitahu perkara sebenar.

Dakwanya, Shuk pernah menghamilkannya dan memaksa dia untuk menggugurkan kandungan tersebut. Malah, mendakwa Shuk sendiri yang membawanya untuk gugurkan anak.

“Tak nak mengaku suami ada perempuan lain di belakang? Tak nak mengaku suami dah meng4ndungkan perempuan lain? Nak tengok segala bukti yang ada, boleh je. Sampai paksa suami sumpah cerai talak kalau contact lagi,” tulisnya.

Dalm pada itu, akaun itu mendakwa dia turut mempunyai bukti di atas apa yang diperkatakannya. Malah, individu itu dipercayai sk4ndal Shuk itu mendakwa akui kesal dengan perbuatannya menggugurkan anak dalam kandungannya.

Difahamkan, isteri Shuk turut memuat naik komen terbabit di akaun Instagramnya namun telah memadamkan status berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Shuk mengenai dakwaan tersebut,

Selain Shuk, Fara juga didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie sebelum ini.

Bekas vokalis Hyperact, Kecik, mendedahkan mengenai Fara Salleh wanita yang dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar.

Kecik menerusi laman sosial Twitternya mendakwa, Fara Salleh merupakan bekas teman wanitanya dan pernah tinggal sebumbung.

Menerusi bebenang di Twitter, Kecik berkata wanita tersebut juga pernah mendakwa hamil anak mereka dan menggugurkan bayi tersebut.

“Time November ke Disember tu aku shooting kat Perlis. Dia kat KL, dia selalu kecoh-kecoh suruh balik bla bla…Pastu contact mak ayah aku cakap dia gugur anak aku. Siap bagi gambar dekat kakak aku, gambar janin dari google,” tulis kecik lagi.

Tambah Kecik lagi, awal perkenalannya dengan Fara wanita tersebut mengajaknya tinggal sebumbung dan sempat tinggal bersama selama setahun.Memang salah aku stay berdua dengan dia tapi jahil time tu kan…Aku stay dalam masa setahun, tiga kali pindah.

“First aku stay kondo Banjaria Court dengan budak-budak Hyperact. Pastu aku kenal dia…Dia ajak stay sekali. So aku pun ok ajee…Bak kata orang rezeki gais…hahaha!

“Ya Allah jahilnya aku time tu…Aku stay kat Manjalara dengan dia. Alhamdulillah bahagia awalnya.. 5,6 bulan lepas tu dia kena buang kerja, pastu bermulalah sesi jadi ketua keluarga cenggitu,” dakwa Kecik.

Menurut Kecik lagi Fara Salleh lah yang menyebabkan dia disumb4t ke dalam lokap atas tudahan memukal dan sebelum itu wanita tersebut bertindak menabur fitnah tentang dirinya kepada anggota Hyperact.

Dakwanya lagi, Shuk dan isteri pernah meminta bantuan darinya selepas diganggu Fara Salleh.

Malah Fara Salleh juga pernah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul Shuk.

Terdahulu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan Shuk Sahar bermain kayu tiga.

Lebih mengaibkan Shuk turut dituduh menghamilkan Fara Salleh, sama seperti yang pernah dilalui Kecik.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=8-kv3DPl9k0[/embedyt]

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sumber:IG Rossa.sera/limauais

[VIDEO] Penyampai Radio Terkenal HOTFM Kantoi Curang Lagi, Isteri Terjah Rumah Skandal

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker