Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Komposer Sharon Paul mendedahkan rumah tangganya dengan pengarah dan pelakon, Rusdi Ramli bertahan disebabkan anak-anak.

Menerusi temubual bersama program hiburan Melodi di TV3, Sharon berkata, anak-anaknya, Reo Ridza, 14, dan Ryan Ridza, 11, mahu mereka terus bertahan sebagai satu keluarga.



Sharon berkata, dia dan Rusdi masih tinggal sebumbung dan bergelar suami isteri.

Tetapi, katanya, dia kini hanya menunggu lampu hijau daripada pelakon filem Tanda Putra itu.

“Anak-anak sentiasa menjadi keutamaan saya. Anak bongsu, Ryan mahu kami terus menjadi keluarga.

“Jadi, saya bertahan sahajalah. Bagi saya, setiap rumah tangga ada pasang surut, tapi bukanlah bermakna kami bergaduh.



“Tapi, kami beri ruang antara satu sama lain dan menantikan lampu hijau daripadanya,” katanya.

Menurut Sharon lagi, suaminya kini agak ‘down’ berikutan kurang tawaran lakonan dan pengarahan.

“Suami masih berlakon dan mengarah, tetapi saya tak tahu apa yang berlaku.

“Ini kerana dia nampak seperti tak bersemangat, mungkin kerana tawaran kerja berkurangan menyebabkannya jadi begitu.



“Kalau saya, akan cuba teroka sesuatu baru. Kalau tak boleh ini, cuba pula yang lain.

“Saya tengok suami macam sendu dan tak bersemangat. Tapi, saya tak masuk campur sebab tahu sahajalah perangai orang lelaki, tak boleh didesak.

“Jadi, saya berikan masa dan ruang. Kita tengok macam mana nanti,” katanya.

Ketika ditanya adakah bersedia berpisah kerana seolah-olah memberi bayangan untuk ke arah itu, Sharon tak menafikan kerana menantikan persetujuan anak-anak.



“Mungkin, saya hanya tunggu anak-anak. Seperti saya katakan tadi, anak-anak adalah keutamaan saya.

“Suatu ketika bila sudah habis sekolah dan dewasa, mereka tak perlukan saya. Atau mereka tak kisah jika kami tak bersama lagi.

“Cuma kebaikan yang saya nampak sekarang, Rusdi selalu ada di rumah. Secara kebetulan, saya selalu habis kerja lambat jadi tak perlu risau kerana suami boleh hantar dan ambil anak,” katanya.

Rusdi, 53, dan Sharon, 46, berkahwin pada 2008. Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata lelaki, Efiezal Ridza, 33. BH



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker