UK beri amaran individu ada alahan serius disaran elak ambil suntikan vaksin Pfizer

Penyelia perubatan Britain memberi amaran kepada golongan yang mempunyai alahan serius untuk tidak mengambil suntikan vaksin terhadap COVID-19, vaksin Pfizer-BioNTech.

Arahan itu dikeluarkan susulan dua individu dilaporkan mengalami gejala alahan yang teruk selepas disuntik vaksin buatan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman itu pada hari pertama vaksin itu diedarkan di United Kingdom (UK).

“Petang semalam, dua kes dilaporkan mengalami gejala anafilaksis (alahan teruk). Kami faham bahawa golongan itu tidak terlibat dalam ujian klinikal fasa terakhir,” kata Ketua Eksekutif MHRA, June Raine, lapor Reuters.

Sebelum ini, Pfizer memaklumkan bahawa mereka yang mempunyai gejala alahan yang serius tidak akan terlibat sebagai peserta bagi ujian klinikal fasa ketiga, dan perkara itu adalah selari dengan protokol kelulusan kecemasan MHRA.

Pada Selasa, Britain telah memulakan program vaksinasi kepada golongan bersasar, termasuk golongan warga emas dan petugas barisan hadapan bagi keguanaan vaksin Pfizer-BioNTech. Awani

Warga Emas Jadi Penerima Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker