[VIDEO] Kecoh!!! Tujuh Ditahan Kes Tuduh Polis Tendang Penunggang Motosikal

GEORGE TOWN – Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan lelaki disyaki mengepung dan menghalang tugas polis dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu sambil menjelaskan mereka akan dibawa ke mahkamah untuk direman esok.

“Kes disiasat menurut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Selain itu, kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan dipercayai melakukan provokasi terhadap tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan melemparkan kata-kata kesat kepada anggota berkenaan.

Kumpulan lelaki itu dipercayai turut mendakwa anggota polis menendang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sehingga menyebabkan kemalangan.

Rakaman orang awam di sekitar tempat kajadian itu turut tular di laman sosial sejak semalam yang memaparkan beberapa individu menuduh polis menendang mangsa kemalangan itu sehingga menyebabkan kecederaan.

Bagaimanapun, polis hari ini menafikan anggota mereka terlibat dalam kemalangan tersebut dan siasatan mendapati motosikal dinaiki dua lelaki tanpa bertopi keledar berkenaan telah melanggar sebuah kereta ketika melarikan diri dari polis. – K! ONLINE

VIDEO DIBAWAH:-

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=1bf7S2G6sYw[/embedyt]

Amukan dendam basikal, hanya tikaman jalan penyelesaian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker