Amukan dendam basikal, hanya tikaman jalan penyelesaian

Gombak: Seorang lelaki warga Bangladesh cedera ditikam warga Myanmar dalam kejadian amuk di sebuah kedai di Jalan Ipoh di sini semalam.

Dalam kejadian pada 2.20 petang itu, mangsa berusia 25 tahun cedera di bahu kiri akibat ditikam menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila suspek yang berusia 20 tahun mengambil basikal milik seorang kanak-kanak di premis terbabit.

“Mangsa kemudian cuba menahannya sebelum suspek beredar. Tidak lama kemudian suspek datang semula membawa pisau.

“Suspek kemudian menikam mangsa di bahagian kiri bahu mengakibatkan dia cedera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aksi ‘Gila’ penunggang basikal berkayuh di belakang lori ‘menyeramkan’ netizen [ VIDEO ]

Arifai berkata, suspek bertindak agresif dengan merosakkan barang-barang di dalam premis berkenaan.

“Mangsa bersama rakan sekerjanya berjaya menangkap suspek sebelum menghubungi polis. Suspek juga mengalami kecederaan dipercayai akibat pergelutan semasa tangkapan awam dibuat.

“Kedua-dua individu berkenaan kemudian dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa.

“Kes disiasat mengikut seksyen 324/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

“Suspek akan dipohon reman di Mahkamah Majistret Selayang hari ini,” katanya. HM

Harga basikal lagi mahal daripada kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker