PERMAI: Diibaratkan seperti siaran ulang tayang..”macam Astro jugalah cerita”-Netizen

ULANG perkara yang sama tidak ada bantuan baharu kepada rakyat, malah moratorium pinjaman tidak secara automatik dan i-Sinar masih bersyarat.

Begitulah pakej bantuan khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tadi diibaratkan.

Menerusi komen di Facebook milik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Muhyiddin, netizen meluahkan perkara yang sama.

Apa yang diharapkan tidak berlaku, malah penambahbaikan pengeluaran i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak menggembirakan.

“Pengumuman yang sama tak berubah. Moratorium dan i-Sinar masih sama. Rakyat tggu hadapan TV nantikan sinar yang baharu.

“Betul tak mendalami nasib rakyat pengumuman yang mengecewakan,” kata Ainul Mardhiah.

“Siaran ulangan sahaja Datuk, macam Astro jugalah cerita dia ulang benda yang sama,” komen Jay Fea-rania

“Ulangan sahaja. Ini tak ada perubahan pun yang menyenangkan hati rakyat pun. Takut sangat Perdana Menteri hendak umum i-Sinar tanpa syarat. Kenapa susah sangat pun tak tahu. I-Lestari pun tak ada cakap hendak sambung,” luah Wahab Amri.

“Lebih baik tak payah buat perutusan, cakap benda yang diulang (recycle), moratorium dan i-Sinar yang masih kekal bersyarat. Wajib dijatuhkan Muhyiddin dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti,” ujar Kamarolzaman Haron.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut memberikan ulasan ringkas mengenai pengumuman Muhyiddin dan bersetuju tiada pembaharuan dalam pemberian i-Sinar dan tiada pemberian moratorium automatik.

“Apa perbezaan ketara di antara pakej bantuan khas yang diumumkan tadi dengan apa yang telah diumumkan dalam Bajet 2021 tempoh hari?” soalnya.

Begitu juga di Facebook Muhyiddin yang berkongsi siaran langsung ucapan beliau petang tadi turut menerima komen yang sama daripada netizen.

“BPN (Bantuan Prihatin Nasional) pun dari tahun lepas untuk bayaran bulan ini. Sebenarnya, umumkan pakej baru BPN 3.0, rakyat baharu lega.

“Jangan suka hati nak buat sidang akhbar untuk menyatakan benda yang sama,” kata Anita Edwin.

“Macam siaran ulangan sahaja dari Belanjawan 2021 hari tu,” kritik Samsul Ikmar.

“Perutusan khas? Terima kasih kerana tidak memahami kehendak dan hak rakyat sendiri. Semua yang diumumkan tiada lagi bantuan yang akan dilaksanakan.

“BPN2.0 juga akan tamat, terima kasih! Cari daun keladilah kita ini bikin jual supaya ada pendaaptan. Daun keladi sekarang kalau ada lebih mahal. Banjir.. pandemik… nauzubillah…,” komen Hanna Yat.

“Pengumuman yang tiada perincian. Cakap bolehlah kata moratorium itu diteruskan, tetapi adkah bersyarat atau sebaliknya? Baik tabur duit dan gula-gual atas jalan raya.

“Bertabahlah kepada rakyat yang terus dibebani pelbagai masalah, sama seperti cerita KWSP yang tiada kesudahan,” ujar Muhammad Hafiey Hafiey. – SM

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker