15 bank tawar moratorium bagi negeri dilanda banjir

Ini termasuk lanjutan moratorium, kurangkan ansuran pinjaman

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Sebanyak 15 buah bank telah menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Moratorium bersasar, termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan terus ditawarkan oleh bank-bank seperti yang diumumkan sebelum ini, katanya.

“Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan pembayaran dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Ini membuktikan bahawa rakyat tidak perlu bimbang untuk menghubungi bank jika mereka memerlukan fleksibiliti pembayaran,” katanya semasa membuat pengumuman khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) melalui siaran langsung TV dan platform sosial media di sini, hari ini.



Menurut perdana menteri, bagi peminjam yang menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka, Bank Negara Malaysia serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bersedia untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada mereka melalui telefon atau secara dalam talian.

“Bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan bencana banjir, mereka boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan,” tambah Muhyiddin.

Lanjut moratorium: ‘Jika kerajaan PN tak izin, apa kita boleh buat?’



Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021.

Sementara itu, bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir, beliau berkata kerajaan telah dimaklumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian, katanya.

“Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari,” katanya.



Muhyiddin berkata maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat. – Bernama

Ejen bank ‘jerat’ pelabur ASB



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker