Nazri Aziz positif Covid-19
Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang dijangkiti wabak Covid-19.
Nazri berkata dia membuat ujian saringan selepas kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 menerusi sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.
“Zaharin (Mohd Yasin), masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.
“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Pada 12 Jan lalu, Nazri melakukan sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh beberapa pemberita serta Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.
Susulan empat hari selepas itu, Zaharin, yang merupakan bekas setiausaha Umno Bandar Tun Razak yang hadir dalam sidang media tersebut mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.
Sementara itu, Nazri berkata dia kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula semalam.
“Jadi semalam saya sudah mula kuarantin di Hospital Zainab di Kota Bahru….,” katanya lagi. Mk
Tak lagi sokong Muhyiddin, Nazri dakwa PN kini hilang majoriti