“Patut Jemput Yang Fresh..Nape Tak Jemput Sheila Rusly Berbaik Dengan Janna?”

Melodi Raya 2021 mengundang pelbagai reaksi penonton selepas ditayangkan semalam, terutama dalam segmen ‘Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih’ membabitkan artis dan individu yang pernah berselisih faham.

Selepas menyatukan pelakon Izreen Azminda dan bekas madu Intan Saleh, warganet mempersoalkan pihak produksi mengapa tidak menjemput penerbit terkenal, Sheila Rusly agar dipertemukan dengan pengacaranya Janna Nick.

Kami mahu Sheila & Janna!

Kata nak jernihkan keadaan?

Jemput si perampas, macam tak kena…

Untuk makluman, Sheila dan Janna mempunyai hubungan akrab sebelum ini seperti ibu dan anak dengan melakukan pelbagai kerjasama dalam industri seni.

Namun, tidak dapat dipastikan mengenai isu dihadapi oleh mereka sebelum kedua-duanya dilihat tidak lagi rapat sejak awal tahun 2019.

Selain itu, terdapat segelintir individu seolah-olah tidak berpuas hati mengenai beberapa soalan diajukan Janna yang disifatkan tidak sensitif dengan situasi yang perlu dihadapi oleh Intan.

Soalan merapu!

Biar dua2 bertembung, baru tau rasa janggal

Mungkin mereka dah bermaaf-maafan, tapi kita tak tahu? Maklum la, industri seni tu pusing sana sini jumpa orang yang sama je. Tak perlu ‘merajuk’ terlalu lama!-OMM

Sumber: Twitter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker