Pelabur akan nampak darurat hanya kestabilan sementara, kata pakar


Pengisytiharan darurat memberikan tanda-tanda kestabilan politik dan sedikit kelegaan dalam pasaran, tetapi para ahli ekonomi percaya para pelabur akan nampak sebalik retorik pemerintah dan sedar keadaan itu bukan semula jadi dan sementara.

Semasa pengumumannya pada Selasa, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beri jaminan kepada pihak berkepentingan bahawa Malaysia akan tetap terbuka untuk perniagaan semasa kecemasan ini, yang akan berlarutan hingga 1 Ogos atau sehingga jumlah kes dapat dikurangkan dan stabil.

“Tempoh darurat ini akan memberi kita ketenangan dan kestabilan yang diperlukan selain membolehkan kita menumpukan usaha pemulihan ekonomi dan pertumbuhan,” katanya.

Namun, Mydin Ahamed Kameel Mydin Meera, bekas dekan Institut Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengatakan “darurat tentunya bukan tanda kestabilan” bagi para pelabur, walaupun apa pun kata PM.



“Pelabur akan nampak apa yang sedang berlaku di negara ini,” katanya kepada FMT, dan menambah banyak yang akan sedar ia tiada kaitan dengan wabak.

Pelabur akan mengambil pandangan jangka panjang dan selepas darurat, membuat penilaian berdasarkan apa yang mereka fikir akan berlaku seterusnya, bukan hanya keadaan sekarang.

Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia mengatakan walaupun kestabilan pernah menjadi salah satu hujah jualan Malaysia kepada pelabur asing, “ketidakpastian politik” yang membelit negara akhir-akhir ini menyahkan hujah jualan itu, dan banyak akan nampak darurat ini hanya membawa kestabilan seketika.

“Darurat mungkin dapat mengatasi masalah ketidakstabilan buat masa ini, tetapi berapa lama?” dia bertanya, mengatakan sudah jelas dalam beberapa minggu terakhir bahawa majoriti Muhyiddin – jika masih ada – semakin lemah.



“Walaupun selepas PRU-15, jika diadakan, tidak jelas apakah kita akan mempunyai satu parti dengan majoriti yang jelas dan kukuh seperti semasa Barisan Nasional mentadbir.”

“Siapa tahu, untuk dekad berikutnya, apakah akan ada kepastian dalam kesinambungan politik kita,” katanya.

Felo Akademi Sains Malaysia, Madeline Berma, berkata walaupun beberapa pelabur akan cuba memanfaatkan kestabilan yang dibawa oleh darurat itu, masih ada banyak kesan negatif yang dapat menyahkan sebarang manfaat daripadanya.

“Darurat itu sendiri akan mengurangkan keinginan melabur syarikat-syarikat multinasional (MNC). Dicampur pula dengan faktor-faktor lain seperti kelemahan PKS dan pelabur swasta domestik lain, dan persaingan menarik pelaburan asing daripada negara-negara serantau, kita akan lihat trend penurunan jumlah dan kualiti pelaburan ke Malaysia.



“Sebilangan pelabur asing memandang proklamasi itu sebagai langkah tidak demokratik, dan itu akan dapat menganggu pasaran dan membawa kepada kos menjalankan perniagaan yang lebih tinggi,” katanya. FMT

Kenapa pelabur keluar tinggalkan pasaran Malaysia ?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker