IPT, sekolah tidak dibenar kenakan syarat ujian swab

Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau sekolah tidak boleh mengenakan syarat kepada pelajar untuk menjalani ujian swab sama ada bagi memasuki asrama atau untuk menduduki peperiksaan kecuali bagi pelajar yang bergejala sahaja.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam terdapat aduan berkenaan IPT dan sekolah di beberapa negeri yang mengenakan syarat kepada pelajar supaya membuat ujian swab.

“Terdapat aduan yang mengenakan syarat ujian swab sebelum masuk ke kampus atau asrama untuk menduduki peperiksaan dengan kos ditanggung sendiri.

“Sidang khas hari ini membincangkan perkara ini dan bersetuju bahawa IPT atau sekolah tidak boleh mengenakan syarat kepada pelajar untuk menjalani swab test sama ada bagi memasuki asrama atau untuk menduduki peperiksaan kecuali bagi pelajar yang bergejala sahaja,” ujarnya dalam sidang akhbar khas perkembangan Covid-19 di sini hari ini. – K! ONLINE.

Pekerja Tempatan Di Zon Merah Tidak Wajib Ujian Swab Covid-19 – Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker