Pekerja Tempatan Di Zon Merah Tidak Wajib Ujian Swab Covid-19 – Ismail Sabri · MYKMU.NET

Pekerja Tempatan Di Zon Merah Tidak Wajib Ujian Swab Covid-19 – Ismail Sabri

Share

Kerajaan tidak mewajibkan ujian ‘swab’ Covid-19 ke atas para pekerja yang berada dalam zon merah dan perlu bekerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 14-27 Oktober ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kerajaan hanya perkerja asing yang berkerja di sektor pembinaan dan pengawal keselamatan dalam zon merah yang diwajibkan menjalani ujian swab ini.

“Selain itu mereka yang bergejala juga wajib membuat ujian ‘swab’ sebelum dibenarkan bekerja,” jelas Ismail Sabri dalam sidang media harian sebentar tadi.

Namun Ismail Sabri meminta mereka yang berada di dalam zon merah agar menjalani ujian ini walaupun tidak diwajibkan.-SUARATV

Sebelum ini MKN telah menghantar SMS yang berkata demikian,

Bagi pekerja di zon merah yang perlu ke tempat kerja, mesti jalani saringan & ujian COVID-19 dan dapatkan surat pelepasan perjalanan daripada majikan.

Kuarantin wajib masuk Sarawak bermula hari ini

Leave a Reply