Sriwijaya Air: Pesawat terkandas terlalu lama punca nahas?
JAKARTA : Pegawai penyiasat sedang meneliti kemungkinan nahas Sriwijaya Airlines SJ182 Sabtu lalu disebabkan pesawat yang terlalu lama tidak beroperasi susulan pandemik COVID-19.
Pesawat Boeing 737-500 yang berusia 27 tahun itu dipercayai berada di lapangan terbang kira-kira sembilan bulan.
Ia berikutan jadual operasi penerbangan terpaksa dikurangkan susulan COVID-19.
Ramai pakar kini memberi pelbagai hujah mengenai nahas berkenaan dengan kebanyakannya mengaitkan punca kejadian ada kaitan dengan masalah teknikal susulan pesawat sudah lama tidak beroperasi.
Bagaimanapun, ketika ini tiada kenyataan rasmi mengenai punca nahas dikeluarkan pasukan siasatan yang ditubuhkan.
Dalam pada itu, pasukan penyelam Indonesia percaya mereka hampir menemui rakaman suara kokpit pesawat Sriwijaya Air yang terhempas ke laut bersama 62 orang penumpangnya baru-baru ini.
Pesawat Sriwijaya Air yang membawa 62 penumpang dan kru terhempas empat minit selepas berlepas dan dilaporkan terputus hubungan, menyebabkan kesemua mangsa terkorban.-Awani
[VIDEO] Tangisan Suami KehiIangan Isteri Dan 3 Anak Dalam Nahas Pesawat Sriwijaya Air Undang Sebak.