Gambar dipadam timbalan menteri papar kunjungan sebelum PKP

Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan I Noor Azmi Ghazali menafikan timbalan menteri telah melanggar perintah kawalan pergerakan dengan menerima pengunjung di pejabat tersebut.

Pada satu kenyataan, pejabat itu berkata pertemuan itu berlangsung pada 12 Jan, sehari sebelum PKP berkuatkuasa.

Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan itu meminta portal berita yang terlibat segera menarik balik tuduhan dan maklumat yang tidak tepat yang diterbitkan

Tuduhan palsu seperti itu dapat menimbulkan persepsi masyarakat yang buruk terhadap timbalan menteri kesihatan I dan Kementerian Kesihatan, kata pejabat itu dalam satu kenyataan hari ini.



Melaporkan timbalan menteri itu telah memuat naik gambar yang menunjukkan dia menerima sekumpulan pengunjung di pejabatnya di Putrajaya dan disyaki melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Gambar-gambar itu dimuat naik sekitar jam 1 tengah hari ini tetapi gambar-gambar tersebut telah dikeluarkan dari laman Facebooknya pada sekitar jam 9 malam.

Petikan gambar bertulis: “Kementerian Kesihatan Malaysia. Kunjung hormat sahabat parlimen ke Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan 1.”

Bagaimanapun, hantaran gambar yang dipadam itu tidak menyatakan bila pertemuan berkenaan berlangsung.



Satu gambar menunjukkan sekurang-kurangnya 14 orang di pejabatnya dengan kesemuanya memakai pelitup muka.

 

Untuk rekod, Putrajaya serta dua Wilayah Persekutuan lain, Kuala Lumpur dan Labuan, serta lima negeri berada di bawah PKP.

Lima negeri itu ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah.



Menurut SOP,  mesyuarat secara bersemuka di pejabat agensi kerajaan dan swasta dilarang.

Majlis rasmi dan bukan rasmi juga tidak dibenarkan untuk agensi kerajaan dan swasta.

Antara perkara lain yang dilarang buat sementara waktu termasuklah kursus, latihan, konvensyen dan semua aktiviti yang berkaitan dengan Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).

Pada April tahun lalu, Noor Azmi dan exco Perak, Razman Zakaria, dikenakan hukuman denda RM1,000 kerana ingkar PKP di Perak.



Hal itu selepas dia menyiarkan sejumlah gambar dalam talian mengenai dia dan rombongannya yang mengunjungi sebuah sekolah agama di Lenggong.

Mereka dilihat makan bersama kira-kira 18 orang lain tanpa mengamalkan langkah penjarakan sosial. MK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker