Staf Giant Subang Jaya disahkan positif COVID-19, Pengguna kecam mahu lebih maklumat

Terkini di My KMU !!!!---->

 

KUALA LUMPUR : Beberapa kakitangan pasar raya Giant cawangan Subang Jaya telah disahkan dijangkiti COVID-19.

Menurut kenyataan pasar raya berkenaan pada Rabu, susulan kes jangkitan tersebut, pasar raya itu akan ditutup serta merta bermula hari ini bagi menjamin keselamatan orang awam.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan usaha mengenal pasti kontak rapat kepada kes positif.

“Buat pelanggan, mereka boleh berhubung terus dengan pihak (KKM) untuk mendapatkan kepastian (sekiranya berada dalam lingkungan kontak rapat kepada kes positif).

“Mereka boleh menghubungi KKM menerusi talian hotline di 03-88810200,” petik kenyataan itu.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan Giant memberi jaminan akan sentiasa menitikberatkan langkah keselamatan dari semasa ke semasa.

“Kami amat menyarankan orang awam untuk sentiasa patuh dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak KKM,” tambah kenyataan sama.

Walau bagaimanapun, tiada jumlah sebenar dinyatakan berkenaan dengan kakitangan yang terlibat dalam kes jangkitan tersebut.

 

Leave a Reply