Ibu Fadillah Yusof meninggal dunia


KUCHING: Ibu kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Dayang Rosnah Abang Madeli, 90, meninggal dunia petang Rabu.

Allahyarham disahkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petra Jaya, di sini.

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Misiah Taib, Fadillah mendapat perkhabaran ibunya tenat ketika berada di ibu negara sebelum bergegas pulang ke Kuching.

Katanya, Allahyarham meninggalkan 14 anak dengan Fadillah merupakan anak kesembilan.



Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada pukul 10 pagi esok (Khamis).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker