Siti Elizad Takut Suami Bosan Belum Ada Rezeki Bagi Zuriat

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Siti Elizad memberitahu hasrat untuk berpindah ke rumah baharu bersama anak sulungnya tidak kesampaian selepas mengalami keguguran pada November tahun lalu.

Memuat naik entri sempena ulang tahun keenam perkahwinannya, Elizad berharap suaminya, Shamsul Baharin Rahman tidak bosan dengannya kerana masih belum ada rezeki lagi untuk memberikan zuriat.



“Kami beli rumah ini pada tahun 2018 dengan harapan tahun 2021 rumah ini siap dan kami sudah ada zuriat sendiri. Nampaknya masih lagi kita berdua sayangku. Nampaknya isteri awak ini terpaksa jadi ‘bayi kecil’ untuk memeriahkan keluarga kita.

“Saya harap sangat awak tidak bosan dengan saya memandangkan isteri awak ini belum ada rezeki untuk beri zuriat. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan keenam. Terima kasih selalu layan, sabar dan melindungi saya,” tulisnya.

Pada November lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.-RK

Siti Elizad keguguran



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker