Marine bangga Mourinho tunjuk hormat

Penyerang Spurs Carlos Vinicius meledak hatrik di babak pertama aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Marine di Rossett Park, Crosby. – Foto AFP

CROSBY, United Kingdom: Pengendali Marine Neil Young berterima kasih kepada bos Tottenham Jose Mourinho kerana menurunkan skuad terkuatnya ketika membelasah kelab divisyen lapan itu 5-0 pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris.

Carlos Vinicius meledak hatrik di babak pertama ke atas pasukan yang mempunyai jurang 168 kedudukan liga di antara mereka.

“Saya perlu memuji Jose Mourinho dan pasukannya, mereka menunjukkan rasa hormat kepada kami.

“Pada akhirnya kami hanya ketawa kepada siapa yang perlu dimasukkan dari bangku simpanan.

“Saya tidak boleh meminta lebih daripada pemain-pemain kami, mereka bertemu pemain bola sepak kelas dunia yang menjadikannya mudah sekali.

“Saya bangga dengan apa yang kami capai. Komuniti bola sepak terutama penyokong Tottenham Hotspur cukup menakjubkan.

“Kebanyakan kelab bukan liga bergelut, jadi ini amat bagus buat kami,” kata Young.

Tanpa kapten England Harry Kane, Spurs masih menurunkan skuad terbaiknya dengan Son Heung-min dan Gareth Bale bermula di bangku simpanan.

Dele Alli, Toby Alderweireld dan Lucas Moura, serta pengganti Kane Vinicius membarisi kesebelasan utama Spurs.

“Saya rasa pemain-pemain cukup profesional dan mereka terus berusaha sehingga tamat permainan,” kata Mourinho. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker