Russia sahkan kes pertama varian baharu COVID-19 UK

MOSCOW: Moscow semalam, mengesahkan kes pertama COVID-19 membabitkan varian baharu United Kingdom (UK), walaupun keputusan  terdahulu negara itu menggantung penerbangan dari Britain bagi menghentikan penularan di Russia.

Ketua pengawal selia kesihatan Russia Rospotrebnadzor memaklumkan stesen televisyen tempatan bahawa seorang yang baru tiba di negara itu dari UK disahkan dijangkiti strain baharu itu.

Ketua pengawasan, Anna Popova tidak menjelaskan bila individu terbabit disahkan positif COVID-19 atau keadaan lain berkaitan dengan penemuan itu.



Strain COVID-19 B117 dipercaya julung kali muncul di tenggara England akhir tahun lalu, dan sejak itu ia dikesan di puluhan negara di seluruh dunia.

Moscow menggantung sementara penerbangan ke dan dari UK pada Disember lalu berikutan langkah serupa oleh puluhan negara lain ekoran wujud strain baharu.

Russia merekodkan antara jangkitan tertinggi di dunia dengan hampir 3.5 juta kes.

Bulan lalu, pegawai kesihatan mengakui jumlah virus negara itu jauh lebih tinggi daripada dilaporkan sebelumnya, menjadikan Russia sebagai negara ketiga terjejas di dunia.



Kremlin menaruh harapannya terhadap vaksin Sputnik V di negara itu bagi mengatasi wabak terbabit dan bukannya kembali kepada perintah berkurung dikenakan di kebanyakan negara Eropah lain. 0 AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker