Gelombang Hijau akan dinoktahkan di PRK Pelangai – BN Pahang

Kemaraan ‘Gelombang Hijau’ akan dinoktahkan pada pilihan raya kecil (PRK) Pelangai yang dijadualkan 7 Oktober ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy yang juga Naib Presiden Umno menegaskan PRK itu sangat penting untuk memulihkan semangat Umno yang terkesan teruk dalam pilihan raya di enam negeri Ogos lalu.

“Pilihan raya kali ini penting kerana kita baru habis pilihan raya negeri.. kita semua tahu keputusannya macam mana.



“Pada kali ini selepas beberapa kerusi kita di DUN negeri Kelantan, Kedah, Terengganu hilang kepada Perikatan Nasional dan saya berharap di Pelangai ini, kita akan noktahkan pergerakan mereka untuk mara ke negeri Pahang,” katanya

Dia berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jentera BN untuk PRK Pelangai di Simpang Pelangai, dekat Bentong, petang tadi.

Pelancaran itu disempurnakan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Wan Rosdy berkata walaupun keputusan PRK Pulai dan Simpang Jeram pada 9 September lalu menunjukkan pengundi sudah beralih menyokong kerajaan, namun situasi di Pelangai adalah berbeza.



“Saya sangat berterima kasih kerana rakan kongsi kita daripada Pakatan Harapan (PH) telah menunjukkan komitmen dan telah pun turun membantu kita.

“Begitu juga rakan daripada BN, MIC dan MCA telah melakukan kerja bagi membantu kita.

“Apa yang pentingnya sekarang ini majoriti ditinggalkan arwah (Johari Harun) kepada kita ialah 4,000 lebih, jadi untuk kita mengenang budi, kita perlu menghadiahkan kemenangan kepada arwah,” katanya

PRK Pelangai diadakan berikutan kematian Johari dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.



Johari menang kerusi itu dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi) pada PRU15.

Dalam pada itu, Wan Rosdy sekali lagi mengingatkan semua ahli Umno Bentong untuk menerima keputusan mengenai calon dipilih untuk PRK berkenaan.

“Ahli Umno Bentong 95 peratus sudah baiah untuk sokong siapa saja calon untuk Pelangai, tapi ada seorang dualah yang tak puas hati, perkara seperti ini kita tak boleh elak.

“Cuma saya tak mahu dengar ada yang nak tutup bilik gerakan, tak nak bantu jentera dan sebagainya.



“Kita ini orang parti, siapa saja jadi calon kita akan tolong supaya menang,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker