“Dia Bukan Selebriti Gred A Tapi …” Pernah Pakai Gaun Sama Natasha Hudson, Pavithra Minta Tutupkan Bahu Dengan Sempurna

Memakai gaun putih terdedah bahu sama dengan Natasha Hudson, personaliti masakan YouTube, Pavithra pernah meminta agar bahagian terdedah itu ditutup ketika sesi fotografi majalah online Pepatung tahun lalu.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram, kata pereka fesyennya, Rizman Ruzaini, gaya itu dipersetujui oleh penata gaya yang berada di set penggambaran dan dipersetujui sebulat suara oleh semua pihak.

“Menjenguk semula betapa elegannya Pavithra memakai Rizman Ruzaini untuk sampul hadapan majalah Pepatung beberapa bulan lalu ketika PKP. Ini merupakan kali terakhir dres ini dipinjam untuk sesi promosi sebelum ia dijual.



[VIDEO] Baju Dibeli Dengan Duit, Bukan Dir Liur – Penganjur

“Berkongsi kisah menarik tentang Pavithra, gaun ini dipinjam untuk sesi penggambaran dan mereka turut membawa penata gaya untuk memantau sesi fotografi itu.

“Malangnya, gaun itu terlalu terdedah untuk Pavithra (sebelah bahagian bahu terdedah dengan hanya menggunakan fabrik jenis tulle yang see-through dan ditambah lipatan berlisu), yang mana Pavitra kurang selesa.



“Dia kemudiannya meminta agar bahunya ditutup dengan sempurna,” dedah Rizman Ruzaini.
Permintaan Pavithra itu dipersetujui penata gayanya dan cara itu menyenangkan Rizman Ruzaini biarpun wanita itu bukan selebriti gred A.

“Penata gaya menghormati permintaan Pavithra dan menggayakan mengikut keselesaannya. Kami (Rizman Ruzaini) bersetuju asalkan ia tidak mencacatkan keseluruhan rekaan gaun itu.

“Pavithra pun bukan selebriti gred A, tapi kami masih gembira untuk bekerjasama dengannya dan berbangga apabila seseorang individu itu menggayakan rekaan kami dengan cara yang elegan dan punyai kelas tersendiri,” tambahnya.

Terdahulu, kisah pelakon Natasha Hudson yang memakai gaun sama ketika majlis pelancaran produk suplemen pada Selasa lalu mencetuskan kontroversi.



Jelas Natasha dia tiada masalah untuk menggayakan gaun terbabit dan tidak kisah dengan kec4man netizen.

Rizman Ruzaini kemudian tampil menyatakan kekesalan dan terkejut dengan tindakan selebriti berhijab (Natasha) menyarung pakaian terbabit sekali gus menganggap ia telah mencalarkan reputasi dan imej yang dibina mereka sejak 15 tahun lalu.

Penganjur acara terbabit kemudian tampil bersuara dan menasihati pereka fesyen itu untuk tidak melatah dan menghentam pembeli pakaian mereka.

Natasha juga tampil menyatakan pendiriannya dan beranggapan kenyataan Rizman Ruzaini berbaur peribadi dan berat sebelah. Malah, Natasha berpendapat kenyataan terbabit dibuat hanya kerana dia bukan selebriti gred A yang sering memakai persalinan pereka fesyen duo itu.



Pada masa sama, Natasha turut meminta Rizman Ruzaini membuat permohonan maaf.-GEMPAK

Nak cakap apa, lantaklah…- Natasha Hudson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker