Warga Nigeria guna gambar Sultanah Kedah tawar khidmat seks


Satu sindiket penipuan menawarkan perkhidmatan seks dan pengiring sosial yang didalangi dua pelajar Nigeria yang menggunakan gambar Sultanah Kedah dibongkar polis.

Mereka disyaki mewujudkan laman Instragram menawarkan khidmat Sugar Mummy, Sugar Daddy dan Sugar Baby.

Lebih teruk, suspek menggunakan gambar Tuanku Sultanah Kedah bagi menarik dan memperdaya mangsa sehingga satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultanah Kedah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, kegiatan warga Nigeria itu terbongkar dan ditumpaskan selepas laporan polis menyusul pada 10 Julai 2020.

Polis, katanya, menjalankan siasatan perperinci sebelum berjaya membuat serbuan pada 5 Januari lalu di alamat sebuah apartmen di Persiaran Saujana Utama, Bandar Saujana Putra Jenjarom, Selangor.

Kedua-dua suspek warga Nigeria berusia 31 dan 25 tahun itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta di ibu negara.

“Siasatan lanjut ke atas suspek mendapati mereka mewujudkan satu laman palsu di Instagram dengan memuat naik gambar Tuanku Sultanah yang jelas mencemarkan kedaulatan institusi diraja istana Kedah.

“Suspek menggunakan ia sebagai medium menipu website Asia Dating Hoockup dan Alliance Dating Hookup bagi menawarkan iklan perkhidmatan sebagai sugar baby atau anak ikan dan membuat penipuan mendapatkan perkhidmatan seks dengan menawarkan bayaran RM6,000 hingga RM8,000 satu malam bagi ahli yang berdaftar.

“Sugar baby atau anak ikan ini yang ingin bekerja juga perlu membuat pembayaran pendaftaran sebagai ahli serendah RM400 dengan mendakwa tawaran perkhidmatan berkenaan berdaftar di Malaysia, Singapura dan Dubai tetapi sebenarnya tidak wujud langsung,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah Mohd Kamaruddin, kedua-dua suspek perupakan pelajar bidang jurusan pentadbiran perniagaan yang mana salah seorangnya mempunyai kad pelajar.

Polis kemudiannyan merampas tujuh telefon bimbit, tiga komputer riba, sebuah modem, sebuah router, 12 keping simkad, wang tunai RM138 dan dua keping kad ATM.

Menurutnya siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek juga dijalankan ekoran terdapat sembilan lagi laporan polis melibatkan kes penipuan pembelian dalam talian, penipuan telekomunikasi dan Love Scam membabitkan kerugian berjumlah RM768,145.

Kedua-dua suspek direman selama empat hari sehingga 9 Januari ini dan akan disambung reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau menjelaskan polis sedang memperhebatkan siasatan bagi mengenalpasti siapa lagi yang terlibat selain mencari sumber kewangan sindiket yang sama.

“Modus operandi dua suspek ini adalah dia guna Instagram dan berkomunikasi dengan mangsa-mangsa yang disasarkan dengan tawaran sugar daddy, sugar mummy dan anak ikan kononnya ada Alliance Dating Hookup sebuah agensi membantu lelaki dan wanita yang gay dan lesbian yang bersedia membayar RM7,000 hingga RM7,500 untuk satu malam,” katanya.

Sindiket itu juga menyuruh setiap pelanggannya yang berminat perlu menandatangani kontrak enam bulan dan boleh berjumpa pasangan sekali atau dua kali seminggu.

Dalam setiap pertemuan, sugar daddy atau mummy akan membayar RM7,500 dan beberapa faedah lain selain elaun bulanan sepanjang kontrak enam bulan itu sekiranya dapat memuaskan nafsu pasangan.

Sindiket itu juga mendakwa mereka mempunyai sugar mummy yang kaya berumur antara 29 hingga 60 tahun di Malaysia dan Singapura berbangsa Melayu, Cina dan India.

Mohd Kamaruddin memberitahu, para pelanggan yang berhubung dan berkomunikasi dengan sindiket Instagram itu akan diperoleh segala data peribadi mereka dan akan disiasat dan dirakam keterangan.

“Saya pasti mereka akan rasa segan dan malu kerana telah terpengaruh dan tertipu tawaran sindiket Instagram ini, maka kita akan siasat kesemua mereka dan minta tampil ke hadapan nanti.

“Saya nasihat kepada masyarakat supaya berhati-hati jika menerima sebarang tawaran dan ganjaran atau membuat pembayaran dalam talian selain semak kesahihan mana-mana syarikat atau perseorangan khususnya ketia berurusan dengan rakan online kenalan luar negara.

“Sila semak dengan PDRM menerusi http://ccid.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi Semak Mule CCID dalam Google Play Store sebelum membuat sebarang transaksi dan jangan menjawab nombor yang meragukan,” tegas beliau. MG

Bukan Menyundal Tetapi Menemani, Wanita Ini Raih Ribuan Ringgit Jadi ‘Sugar Baby’ Di Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker