Rakyat tidak boleh pilih-pilih vaksin, kata Khairy


Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata rakyat tidak boleh memilih vaksin Covid-19 yang mereka ingini.

Ketika melancarkan “Malaysia Grand Challenge” di kementeriannya hari ini, beliau berkata, tidak mungkin Putrajaya membenarkan orang ramai memilih-milih vaksin kerana ia merupakan “mimpi ngeri logistik”.

Sebaliknya, kata beliau, vaksin akan diagihkan mengikut rancangan pemetaan kerajaan, berdasarkan keperluan penyimpanannya dan pusat vaksinisasi yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM).

Khairy sebelum ini mengumumkan vaksin Pfizer-BioNTech yang mesti dsimpan di bawah suhu ultra-rendah akan ditempatkan di 55 pusat bandar, sementara vaksin yang boleh disimpan pada suhu peti sejuk biasa akan dihantar ke kawasan luar bandar.



“Paling penting mana-mana vaksin yang didaftarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) adalah selamat. Saya tidak mahu rakyat berkata, ‘saya dapat vaksin ini, saya dapat vaksin itu’.

“Kita akan pastikan apapun vaksinnya, kita akan beli yang berdaftar dan selamat,” katanya.

Beliau berkata, jenis vaksin akan direkodkan dalam kad vaksinasi individu bagi memastikan mereka diberi vaksin sama untuk dos kedua. FMT

KJ masih dalam dilema, UMNO sudah jauh bergerak ke hadapan – Tok Uban



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker