KJ masih dalam dilema, UMNO sudah jauh bergerak ke hadapan – Tok Uban

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus ‘ditembak’ selepas memberi kenyataan mengenai kedudukan Umno kesan pensabitan kesalahan jenayah Najib Razak oleh mahkamah baru-baru ini.

Kini bekas menteri dan ahli politik veteran Umno, Shahrir Samad.

Menurut tokoh yang sebelum ini menjadi ahli parlimen Johor Bahru itu dia berasa hairan kerana Khairy masih menganggap Umno masih belum mampu bergerak ke depan.

“Seolah-olah Umno masih berada dalam kebingungan akibat kekalahan di PRU14,” katanya dalam satu komentar di media sosial malam tadi.



Menurut Shahrir, pada pada pandangan Khairy Umno dilihat masih mahu mempertahankan Najib yang juga bekas perdana menteri dan presiden parti berkenaan.

Sebenarnya, kata Shahrir, dia melihat Khairy seperti “ketinggalan” dan berada dalam penafian terhadap perkembangan yang berlaku ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

“Banyak perubahan yang telah berlaku semenjak YB Khairy gagal dalam pemilihan jawatan-jawatan Umno,” katanya lagi.

Akan terus ke hadapan

Semalam Khairy menyatakan rasa kesalnya kerana dikritik apabila memberikan pandangan agar partinya bergerak ke hadapan susulan Najib didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan yang dikenakan padanya.



Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata dia masih setia peada Umno namun tetap menyatakan isu yang dianggapnya ditakuti untuk diluahkan orang lain.

Kata Khairy, pandangan yang sama pernah dinyatakan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi ahli parlimen Gua Musang itu tidak dikecam sepertinya.

“Tengku Razaleigh cakap benda yang hampir sama. Yakni, minta pemimpin tertentu untuk memberi laluan. Tetapi beliau tidak dikecam macam saya.

“Mungkin mereka takut nak kecam atau perli Ku Li. Mesej (kami) sama tapi kerana KJ, pembawa mesej ditembak.



“Saya tidak kisah pembawa mesej ditembak, tapi kalau tidak menghiraukan mesej yang dibawa, Umno akan terus dipandang serong oleh rakyat,” katanya.

Menurut Shahrir sebenarnya Umno dan BN sudah “ke hadapan dan akan terus ke hadapan” – bukannya seperti yang dianggap Khairy – untuk mendapatkan kembali mandat rakyat secara terhormat dan berprinsip dalam PRU akan datang.

Kata Shahrir, Umno dan PAS sedar sokongan yang diberikan kepada Muhyiddin Yassin adalah untuk sementara waktu saja demi “menyelamatkan keadaan”.

“Kerana itu, Umno dan PAS memahami sokongan kepada kerajaan Muhyiddin (yang Khairy menjadi seorang menteri dalamnya, sedangkan ianya sesuatu jawatan yang boleh ditolak) adalah untuk menyelamatkan keadaan buat sementara waktu,” katanya.



Tambah Shahrir Umno dan BN pada ketika ini sangat berbebeza berbanding keadaan mereka selepas kalah kepada PH pada Mei 2018.

“Tidak timbul soal biadab di pihak Khairy kerana Umno ketika ini sudah jauh ke hadapan, meninggalkan dilema yang dihadapi Khairy selepas PRU ke-14,” katanya.

Related Articles

One Comment

  1. Hahaha .. KJ ni bingai!! Kalau umno tak move on..tak do lah MN..tak menjadilah PN..dan ekau KJ x jadi menteri . Apo ko bangang bona ekau?? Kok berkawan2 dengan pembangkang mudo pun..otak tu usah jadi pembangkang jugak !! KJ yang harus move on… Ekau Macam baru keluar dari gua!!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker