Lelaki malu lamaran ditolak di hadapan ribuan penonton

Wanita tersebut berlari ke tingkat atas tempat duduk dan membiarkan lelaki itu terpinga-pinga dan tersenyum sebelum kembali duduk menonton perlawanan. – Twitter

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki mengalami detik memalukan apabila lamarannya ditolak oleh gadis pilihan di hadapan beribu-ribu penonton di sebuah stadium hoki ais di New York, lapor laman berita Indy 100 semalam.

Insiden berlaku semasa perlawanan Liga Hoki Kebangsaan (NHL) antara pasukan New York Islanders dan Florida Panthers, Jumaat lalu.

Dalam video tersebut, seorang lelaki tidak berbaju dilihat melutut di hadapan teman wanitanya di barisan tempat duduk penonton.

Penonton lain  yang menyaksikan kejadian itu menjerit “Just say no (katakan tidak),” secara berseloroh dan tidak bermaksud supaya wanita tersebut menolak lamaran yang diterima.



Sorakan mereka bagaimanapun menjadi kenyataan apabila wanita berkenaan bangun dari tempat duduk dan pergi ke arah lelaki itu sambil berbisik sesuatu kepadanya.

Tidak lama selepas itu, wanita tersebut berlari ke barisan  tempat duduk paling atas dan membiarkan lelaki itu terpinga-pinga, sebelum duduk semula untuk menonton perlawanan.

Insiden itu turut mendapat perhatian wartawan NHL, Dan Rosen yang memuat naik ciapan di laman Twitter bagi menceritakan kejadian tersebut.

“Seorang lelaki membuka baju dan pada dadanya tertulis perkataan bermaksud: ‘Tolong katakan ya, ya, ya.’



“Dia melutut dan melamar. Saya dapat melihat mereka berdua dari bilik media. Gadis tersebut bangun dan pergi dari situ, kemudian, pasukan Panthers menjaringkan gol,” kata Rosen.

Video tersebut menjadi tular dengan ada netizen yang mendakwa bahawa kejadaian itu telah dirancang.

“Saya sering merasakan video seperti ini sebenarnya dirancang. Siapa yang berani mengajak seseorang berkahwin jika mereka tidak pasti sama ada individu tersebut akan bersetuju.

Namun, sekiranya ia kejadian sebenar, ia amat menyedihkan untuk ditonton,” kata seorang pengacara televisyen, Keith Irizarry. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan



Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker