Bayaran Okt untuk kerja siap Jun, dakwa MRCB George Kent


MRCB George Kent Sdn Bhd (MRCBGK), kontraktor utama projek LRT3 mendakwa bayaran terakhir pada 2 Oktober lalu oleh Prasarana adalah bagi kerja-kerja yang diselesaikan pada Jun 2020.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata bayaran tertunggak yang tidak dijelaskan oleh Prasarana sebanyak RM700 juta adalah dari Julai hingga Okt 2020 yang disahkan oleh perunding bebas dilantik Prasarana, KL Prima Consult Sdn Bhd.

“Sehingga Okt 2020, jumlah pembayaran yang diperakui adalah RM723,888 juta, sementara pembayaran Nov 2020 masih belum disahkan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MRCB George Kent berkata, syarikat itu sudah mendahulukan sebanyak RM200 juta untuk meneruskan projek LRT3.



“MRCB dan George Kent telah memberikan jaminan korporat kepada Prasarana dan masing-masing mengeluarkan modal berbayar sebanyak RM5 juta,” katanya.

Setakat 31 Dis, projek LRT3 sudah siap 45.8%, membabitkan 21 kontraktor utama dan konsultan serta 10,000 pekerja.

Sebelum ini media melaporkan, pengurusan tertinggi 17 kontraktor dan firma perunding yang terlibat dalam projek LRT3 meminta bantuan kerajaan kerana berhutang lebih RM700 juta untuk kerja dilakukan sejak Julai, dengan jumlah itu dijangka mencecah RM1 bilion bulan ini.

Mereka menghantar surat kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, mendakwa Prasarana belum membayar untuk kerja LRT3 dari Julai hingga Disember.



Bagaimanapun, Pengerusi Prasarana Tajuddin Abdul Rahman hari ini menafikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu enggan membayar kontraktor terlibat dalam projek LRT3.

Katanya, sehingga Oktober tahun lalu Prasarana sudah membayar RM3.468 bilion kepada kontraktor utama MRCB-Gorge Kent daripada keseluruhan RM11 bilion jumlah projek. FMT

Prasarana didakwa tahan bayaran RM700 juta, firma LRT3 minta k’jaan bantu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker