Saya Maafkan…
Pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz mengambil pendekatan memaafkan individu yang sudah memfitnah diri dan keluarganya di media sosial minggu lalu.
Riz, 26, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail ketika dihubungi berkata, dia bersama keluarga sudah berbincang dan memutuskan perkara itu.
“Apabila dia tampil meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama, saya dan keluarga beranggapan dia sudah sedar dengan kesilapan dan tindakan itu. Jadi, kami maafkan apa yang sudah dibuat.
“Saya memaafkan dia kerana saya tahu beratnya dosa memfitnah. Saya tidak mahu susah di akhirat, dan saya nak masuk syurga tanpa hisab.
“Saya juga memohon supaya tidak ada lagi perkara berbangkit selepas ini. Dia sudah minta maaf dan saya sekeluarga sudah maafkan. Insya Allah, kehidupan kita akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya kepada Harian Metro.
Mengenai hubungan pasangan itu, ia akan terjawab selepas keluarga kedua belah pihak mencari titik penyelesaian sama seperti kenyataan rasmi Neelofa yang diedarkan kepada media, minggu lalu.
You must be logged in to post a comment.