Yakin akan sokongan majoriti sebagai PM: Terpulang budi bicara Agong – Anwar Ibrahim

 

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, kini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menentukan sama ada dia memiliki sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri atau tidak.

Ketika ditanya jika dia masih yakin mampu mendapat sokongan Umno untuk menjadi perdana menteri, Anwar berkata perkara itu terpulang pada budi bicara Agong.

“Ini proses terus. Saya sudah hantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong. Agong baru habis kuarantin.

“Itu budi bicara Yang di-Pertuang Agong. Jadi saya tak mahu komen lebih daripada itu,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Diskusi Santai Presiden PKR di Hotel Tamu Kuala Lumpur, hari ini.



Sumber yang rapat dengan kepemimpinan PKR yang dihubungi Malaysiakini, memberitahu surat yang dimaksudkan adalah yang dihantar Anwar pada Oktober lalu.

Pihak Istana Negara ketika itu berkata Anwar tidak mengemukakan senarai nama bagi menyokong dakwaannya.

Sultan Abdullah menjalani kuarantin pada 26 Dis setelah pulang dari lawatan ke Abu Dhabi.

Berdasarkan laporan Bernama, Agong, kuarantin itu dijadual berakhir semalam, iaitu setelah tujuh hari.



Anwar Akui Hanya Surat & Dokumen Sokongan, Tiada Nama

Terdahulu bulan lalu, terdapat khabar angin bahawa Anwar mendapat 113 akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa juga mendakwa ada usaha dalam Umno untuk membawa parti itu bersama-sama Anwar.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno yang dikatakan menandatangani SD itu menafikan dakwaan berkenaan manakala PKR menafikan laporan berkenaan perkara itu.

Pada 15 Dis, beberapa hari selepas timbulnya spekluasi itu, PH gagal dalam usaha terakhirnya untuk menolak Belanjawan 2021.



RUU Belanjawan 2021 lulus selepas disokong 111 ahli Parlimen dan ditolak 108 yang lain.

Susulan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa pembangkang untuk berhenti mengharapkan sokongan ahli Parlimen kerajaan.

“Tidak ada satu pun ahli parlimen kerajaan mengundi (menolak belanjawan) bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar.

“Jelas ahli parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyuarakan keyakinan yang Anwar masih mampu membuktikan majoritinya, sama ada di Dewan Rakyat atau melalui SD.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker