Tahu Tak Fungsi Tahi Telinga? Ketahui 5 Fungsinya..Padah Korek Guna Besi Atau Putik Kapas…
Tahu Tak Fungsi Tahi Telinga? Ketahui 5 Fungsinya..Padah Korek Guna Besi Atau Putik Kapas…
MEMANG sedap korek telinga, sangat mengasyikkan.
Tapi awas, tabiat suka mengorek telinga sebenarnya boleh mengundang padah.
Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam berkata, terdapat kes gegendang telinga pecah dan bocor akibat tabiat ini.
Menurutnya, antara gejala yang dialami pesakit adalah sakit di telinga kiri, kurang dengar serta bunyi berdesing.
“Kesemua tiga gejala ini terjadi sebaik sahaja pesakit mengorek tahi telinga menggunakan besi kecil dan putik kapas.
Tabiat suka mengorek telinga perlu dihentikan.
Dr Mohd Shaiful memberitahu, tahi telinga atau dikenali sebagai earwax (lilin telinga) tidak perlu dikorek kerana mempunyai mekanisma tersendiri tanpa kita sedar melalui kunyahan mulut, pergerakan rahang dan pertumbuhan kulit dalam telinga yang akan menolaknya keluar.
Menurut Dr Mohd Shaful lagi, antara lima fungsi tahi telinga adalah:
1. Bersifat kalis air iaitu mencegah air daripada meresap masuk ke salur telinga.
2. Bersifat antibakteria untuk melindungi telinga daripada jangkitan dan pembiakan bakteria serta kulat.
3. Bersifat asid untuk melembabkan kulit halus sekitar saluran telinga.
4. Menghalang kemasukan serangga-serangga kecil seperti semut, lalat dan nyamuk.
5. Mengeluarkan kotoran dan habuk dalam saluran telinga.
Kesan akibat mengorek telinga.
Sebab itulah, kata beliau, doktor-doktor pakar ENT melarang para pesakit mereka mengorek telinga.
“Apabila tahi telinga sentiasa dikorek, secara tidak langsung akan menyebabkan ia tertolak ke bahagian tengah saluran telinga seterusnya akan berkumpul dan tersumbat!
“Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah pendengaran (berdesing dan kurang dengar). Lebih parah lagi ia boleh menyebabkan luka serta radang telinga luar dan tengah.
“Ia juga boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga seperti yang berlaku kepada pesakit saya ini,” tambahnya.
Jika banyak tahi telinga dan rasa tersumbat, Dr Mohd Shaiful menasihatkan orang ramai supaya menggunakan ubat titis untuk melembutkan tahi telinga yang keras.
“Jika masih lagi rasa tersumbat dan bergejala, segera mendapatkan pemeriksaan pakar ENT,” tulis beliau menerusi perkongsian di akaun Twitter @Dr_Shaiful
Antara gejalanya, pesakit ini mengadu sakit di telinga kiri, kurang dengar serta bunyi berdesing. Kesemua 3 gejala ini terjadi sebaik sahaja beliau mengorek tahi telinga menggunakan besi kecil (sprti dlm gambar). Putik kapas disebelahnya juga digunakan. pic.twitter.com/RbwvDeJQXS
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) July 12, 2022
Tahu Tak Fungsi Tahi Telinga? Ketahui 5 Fungsinya..Padah Korek Guna Besi Atau Putik Kapas…
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Harga kambing biri-biri Ladoum cecah RM379,000 seekor
- Serabut betul komen dia – Neelofa
- Mengapa Zionis bunuh cucuku
- Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya [VIDEO]
- Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir
- Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais
- Berani Mati! Penagih selamba hisap dadah dalam tandas polis
- Kecewa menantu tidak capai piawaian, mak mertua disekolahkan Ustazah
- Marcella Simon keluar Islam
- Suami dibenar minum susu badan isteri, tidak haram
- Fad Bocey turun pangkat?
- Semakin ramai individu bawah 22 tahun lakukan seks
- Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter
You must be logged in to post a comment.