Iman Troye tunggang motosikal kejar perakam video

Menyedari aksinya menunggang motosikal tidak manis untuk menjadi tatapan umum, penyanyi popular Iman Troye nekad mengejar sendiri individu yang curi-curi merakam perbuatannya itu.

Penyanyi berusia 19 tahun turut merayu individu terbabit memadam video tersebut kerana dianggap kurang sopan dengan imejnya sebagai wanita Muslim yang menjaga aurat.

“Tadi ada seseorang rakam Iman masa naik motor. Kalau awak baca benda ini, saya nak minta tolong untuk padamkan video berkenaan.

“Saya tengah naik motor, awak tahukan, kalau naik motor, baju akan ikut bentuk badan. Kalau awak tidak hormat saya, saya okey.

“Tapi tolong hormat saya sebagai perempuan yang bertudung dan menjaga aurat,” tulis penyanyi lagu Teman itu menerusi Insta Story malam tadi.



Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, berkata, dia telah berusaha mengejar perakam video yang memandu kereta Perodua Alza berwarna unggu berkenaan dengan motosikal yang ditunggangnya bagaimanapun individu itu berjaya melarikan diri.

“Saya sudah cuba kejar awak guna motor, tapi awak lari, bawa laju dan sengaja masuk ke jalan besar supaya saya tidak dapat ikut. Harap awak faham. Tolong hormat keputusan saya. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Iman turut memberi amaran dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang seandainya individu itu memuat naik video berkenaan menerusi laman sosial.

“Kalau awak masih berdegil, tidak mahu memadamkan video itu atau awak muat naik video atau menghantarnya kepada orang lain, saya mungkin akan mengambil tindakan.



“Sebenarnya saya tidak kisah kalau awak hendak rakam video ketika saya tengah berjalan, tetapi di atas motor macam itu tolong jangan. Tolong sangat, sangat,” kata Iman. – K! ONLINE

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_Pq_GHlveT4[/embedyt]

Rogol dalam lokap: CCTV ada tapi tak boleh rakam, kata polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker