[VIDEO] Air Laut Limpahi Jalan Pantai Seberang Takir

KUALA NERUS – Fenomena air pasang besar yang membawa ombak sehingga 2.7 meter melanda melanda kebanyakan kawasan pesisir pantai di seluruh Terengganu menjelang detik 12 tengah malam tadi.

Ombak tinggi tersebut menyebabkan air laut melimpahi sebahagian jalan raya dan perkampungan berhampiran pantai di Besut, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman bermula pukul 9 malam semalam.

Satu rakaman video tular pada malam kejadian tersebut

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/IGpQArFE/air-laut-limpahi-jalan-pantai-seberang-takir_hd.mp4[/KGVID]

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, antara kawasan yang terjejas teruk ialah Pantai Seberang Takir yang terletak berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini.

“Limpahan air laut membawa banyak sisa sampah, batu kecil dan lumpur ke jalan raya sehingga kesesakan lalu lintas yang teruk.

OMBAK besar dan angin kencang membadai di pesisir Pantai Miami, Seberang Takir yang mengakibatkan jalan raya dipenuhi sampah sarap . FOTO Ghazali KoriOMBAK besar dan angin kencang membadai di pesisir Pantai Miami, Seberang Takir yang mengakibatkan jalan raya dipenuhi sampah sarap . FOTO Ghazali Kori

“Begitupun, tiada musibah dalam kalangan pengguna dan kerosakan struktur jalan dilaporkan setakat ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Che Adam berkata, pihak polis telah mengambil tindakan pantas menutup sebahagian laluan masuk dan keluar ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu sejurus kejadian tersebut.

Tambah beliau, fenomena ombak tinggi dan angin kencang di kawasan sekitar Pantai Seberang Takir berkenaan dijangka akan berlarutan sekurang-kurang sehingga esok.

“Sehubungan itu saya meminta agar orang ramai menghindari kawasan tersebut terutama pada waktu air pasang,” katanya

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=kUKFhRV8YeA[/embedyt]

https://mykmu.net/2017/11/10/banjir-guan-eng-salahkan-kedah/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker